FACE SHIELD FOR WORLD HEALTH FRONTLINER

Projek Face Shield Heroes merupakan inisiatif dari Pasukan Pengakap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas untuk menjadi barisan belakang dalam membantu barisan hadapan negara yang memerlukan perisai muka dalam membendung wabak COVID-19. Projek ini dijalankan setelah kami melihat sendiri perkongsian yang agak sayu di laman Facebook kerana barisan hadapan terpaksa membuat sendiri perisai muka malahan ada juga yang terpaksa menggunakan berulang kali.

Pada 23 Mac 2020 kami mula mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk memulakan projek pada 25 Mac 2020. Seramai 20 orang terlibat iaitu 1 orang Pemimpin dan 2 orang Penolong Pemimpin dan 17 Krew Kelana terlibat dalam projek penghasilan perisai muka ini.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kerajaan Malaysia, kami terpaksa agihkan bahan-bahan untuk Krew Kelana buat dari rumah, 10 orang menghasilkan di rumah manakala 10 orang lagi menghasilkan di pusat penghasilan perisai muka iaitu di rumah Pemimpin Pasukan Pengkap Kelana B - Blackflurry Pasir Mas sendiri.

Krew Pengakap Kelana juga dikehendaki mematuhi SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang melaksanakan projek ini, dimana kami perlu menjaga jarak sosial serta kebersihan dengan menggunakkan pembasmi kuman sebelum memulakan operasi.

Berikut adalah lokasi yang mendapat agihan perisai muka dari pihak kami :- 

Hospital Tentera Petaling Jaya ( 100 unit )
Hospital Raja Perempuan Zainab II ( 1000 unit )
Hospital Universiti Sains Malaysia ( 200 unit )
Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai ( 2000 unit )
Hospital Tumpat ( 1208 unit )
Hospital Lati ( 1159 unit )
Hospital Jeli ( 232 unit )
Hospital Gua Musang ( 513 unit )
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland ( 1112 unit )
Kota Bharu Medical Centre ( 105 unit )
Klinik Kesihatan Bachok ( 250 unit )
Klinik Kesihatan Chiku 3 Gua Musang ( 112 unit )
Klinik Kesihatan Meranti ( 160 unit )
Klinik Kesihatan Kuala Balah ( 221 unit )
Klinik Kesihatan Rantau Panjang ( 300 unit )
Kilinik Kesihatan Perol ( 160 unit )
Klinik Kesihatan Kota Jembal ( 130 unit )
Pusat Kuarantin KKTM ( 290 unit )
Pusat Kuarantin IPG Kota Bharu ( 209 unit )
Pusat Kuarantin Maeps Serdang ( 519 unit )
Kolej Vokasional Pasir Mas ( 300 unit )
Kolej Komuniti Bachok ( 250 unit )
RHB Bank (  143 unit )

Jumlah :

Pada awalnya kami hanya sasarkan sebanyak 1, 000 unit , namun kami berjaya mencapai sasaran kami pada hari ke-4 projek ini. Kami meneruskan projek ini dengan sasaran baru iaitu sebanyak 10, 000 unit . Disebabkan oleh kekangan dari bahan pembuatan yang tidak mencukupi serta kesukaran untuk mendapatkan bahan projek ini maka projek ini mengambil masa selama 16 hari untuk mencapai target kami iaitu sebanyak 10, 000 unit. Pada 10 April 2020, kami berjaya menghasilkan sebanyak 10, 637 unit maka dengan ini tamatlah fasa pertama projek ini di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama dan kedua.

Аватар пользователя nkzaim196
from Malaysia, 10 месяцев назад

Project Period

Started On
Wednesday, March 25, 2020
Ended On
Friday, April 10, 2020

Количество участников

1

Часы работы

102

Topics

Youth Programme
Youth Engagement
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.