Pengakap Sabah ada wakil di Majlis Anugerah Perdana Belia peringkat Negeri Sabah 2019

Kota kinabalu, 12.12.2019 Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu. Wakil dari Pengakap Encik Raymond Epun dan Encik Abdul Razik bahagian Program pengakap Negeri Sabah. Sebelum bermula acara Majlis TownHall bersama dengan Menteri Belia dan Sukan YB Phoong Jin Zhe dengan Pemudacara Presiden Majlis Belia Sabah Encik Farid.dalam ucapan pengulungan dari menteri Belia dan Sukan, menyarakan agar fokus kepada pengisian bermanfaat "kurangkan program makan makan dan giatkan lebih banyak program dan kalau boleh giatkan dengan pengisian yang memberi peluang kepada belia bekerja sesuatu yang bermanfaat. Antara program yang boleh diketengahkan termasuklah kepimpinan, kemahiran, ceramah inspirasi dan motivasi yang melibatkan mentor. Anugerah Perdana Belia dapat memberi suntikan semangat kepada anak muda di semua peringkat akar umbi dan mendorong para belia untuk lebih berusaha dalam menjalankan lebih banyak peluang bermanfaat.

Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Phoong Jin Zhe merasmikan Majlis Anugerah  Perdana Belia dengan kehadiran dari JBS serta gabungan 14 pertubuhan belia dalam Majlis Belia Sabah. YB Phoong Jin Zhe turut menyampaikan anugerah Belia kepada penerima kategori Wanita dimenangi oleh Ivy Divina Joseph dari Keningau manakala Naib Johan di menangi oleh Emma Connie Aung dari Pengakap Keningau dan kategori Lelaki di menangi oleh Muhammad Fauzi Acho dari Tawau manakal Naib Johan dimenangi Oleh Alex Dennis dari Pengakap Tawau. Persatuan Belia Inspirasi keningau dinobatkan sebagai pemenang kategori pertubuhan belia. 

 

Аватар пользователя AbdulRazik
from Malaysia, 9 месяцев назад

Project Period

Started On
Thursday, December 12, 2019
Ended On
Thursday, December 12, 2019

Количество участников

800

Часы работы

4800

Topics

Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.