SAYANGI DUNIAKU - CAMPERS GO GREEN

PROGRAM PENDAKIAN KEAMANAN SEMPENA BULAN KEAMANAN SEDUNIA 2019

CLIMATE ACTION FOR PEACE - HIKING FOR PEACE

 

TEMA - SAYANGI DUNIAKU - CAMPERS GO GREEN

SERAMAI 100 ORANG PENGAKAP BERSAMA 20 ORANG PEMIMPIN TELAH MENDAKI BUKIT LARUT PADA 29 SEPTEMBER 2019. SEKOLAH YANG TERLIBAT IALAH :

1. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

2. SMK KING EDWARD VII

3. SMK TENGKU MENTERI

4. SMK CONVENT TAIPING

5. SABK AL KHAIR LIL BANAT

6. SMK SIMPANG BELURU

 

Program yang dilaksanakan sempena Bulan Keamanan Sedunia 2019 ini adalah cetusan idea saya sendiri selaku Koordinator Messenger Of Peace yang mengharapkan dapat menarik minat pelajar-pelajar sekolah di Peringkat daerah dapat bersama-sama menjayakan program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenal Program SDG's  sebagai salah satu agenda terkini dalam Messenger Of Peace Malaysia.

Oleh itu, semua peserta dan pemimpin dapat merealisasikannya dengan menyertai Program Pendakian Bukit Larut ini. Semua peserta dan pemimpin merasai pengalaman baru mendaki Bukit Larut dan berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Semasa pendakian, peserta dan pemimpin diberi penekanan untuk menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. Di samping itu, peserta dan pemimpin diberi taklimat dan penerangan mengenai sejarah, kehidupan alam dan fauna di Bukit Larut.

Tahniah kepada semua peserta kerana anda adalah Messenger Of Peace. Semoga perkongsian dan pengalaman yang anda terima semasa program ini dapat disampaikan kepada saudara mara, kawan - kawan serta masyarakat setempat.

 

Аватар пользователя MOHD SAHARIZAL 42908
from Malaysia, 1 год назад

Project Period

Started On
Sunday, September 29, 2019
Ended On
Sunday, September 29, 2019

Количество участников

120

Часы работы

720

Topics

Diversity and Inclusion

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.