SAMBUTAN HARI PENGASAS "FOUNDER'S DAY" PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

LAPORAN SAMBUTAN HARI PENGASAS

 ”FOUNDER’S DAY”

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR

TAHUN 2019

 

 

TARIKH         : SABTU, 23 Februari 2019

TEMPAT       : KEM JUBLI INTAN, TANJUNG LABUH, BATU PAHAT JOHOR

ANJURAN    : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT,  JOHOR

Sambutan yang diadakan selama sehari ini telah disertai oleh kira-kira 800 orang peserta dikalangan keahlian Pengakap Negeri Johor. Beberapa pertandingan yang telah dijalankan ialah pertandingan roket air dan seni kolaj (PKK), pertandingan kraftangan dan kostum ala Baden Powell I(Pend Khas), Masakan Rimba dan Gajet Tripod (PM/PR) serta pertandingan yang sangat mencuit tumpuan dan penyertaan teramai adalah Kostum Lencana Koleksi yang mempamirkan koleksi-koleksi lencana pada kostum yang direka dan dipakai sendiri.

Tujuan program ini dijalankan saban tahun adalah untuk memastikan ahli mengetahui siapakah pengasas pengakap dan sejarah penubuhan pengakap itu sendiri. Oleh itu, beberapa booth pameran di buka untuk lawatan para pengunjung. Antara pameran lain ialah memaparkan unit-unit pengakap lain seperti pengakap Udara, Pengakap Laut dan Pameran pengakap Pendidikan Khas.

Disamping itu juga, ada beberapa aktiviti stesen terbuka seperti flying fox, memanah, membaca kompas, permainan tradisional. Penganjur juga menyediakan gerai-gerai jualan makanan dan cenderahati untuk kemudahan pengunjung.

Majlis di akhiri dengan Perasmian penutup oleh Tn Hj Yaacob B A Karim selepas majlis Penyampaian Anugerah Pingat JDT kepada beberapa pemimpin pengakap. 

 

Аватар пользователя anam scout
from Malaysia, 2 месяца назад

Project Period

Started On
Saturday, February 23, 2019
Ended On
Saturday, February 23, 2019

Количество участников

800

Часы работы

4800
Geolocation

Topics

Better World Framework
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.