SAMBUTAN HARI MENANAM POKOK PPNBD KALI KE-5

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah mengadakan program sempena sambutan Ulang Tahun Kali Kelima Hari Menanam Pokok PPNBD bertempat di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (Scout’s Training and Activity Centre, PPNBD).

 

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memperingati Sambutan Hari Menanam Pokok PPNBD yang telah diisytiharkan pada setiap 1 Jun; meneruskan konsep Tanam - Pelihara - Pantau - Tanam (TPPT) sebagai satu budaya pemeliharaan projek yang sedang dijalankan dam memberi ruang penglibatan kepada ahli Pengakap dan orang ramai supaya terlibat secara langsung di dalam kegiatan penanaman pokok bagi mengekalkan penghijauan alam sekitar.

Majis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan persetiaan pengakap seterusnya ucapan alu-aluan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali. Pada sambutan ini juga diselajurkan juga dengan penyampaian Skaf dan Lencana “Messengers of Peace” yang disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali kepada penerima-penerima.  Seterusnya acara penyampaian pokok-pokok kepada Persatuan-Persatuan Pengakap Daerah-Daerah  yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua  PPNBD, Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba yang mana pokok-pokok berkenaan akan ditanam di Ibu Pejabat Daerah Pengakap masing-masing. Acara kemuncak majlis ialah program menanam pokok di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (Scout’s Training and Activity Centre, PPNBD).

 

Turut sama hadir di dalam  acara berkenaan Yang Di-Pertua  PPNBD, Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba selaku Tetamu Kehormat Majlis; Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Wahab bin Pengiran Haji Hassan; Ahli-Ahli Majlis Pengakap Kebangsaan dan Ahli Majlis Pengakap Daerah; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap, Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin-Pemimpin Pengakap  dan penolong-penolong pemimpin pengakap  dan juga ahli-ahli pengakap

 

Аватар пользователя Syahmi Halimshah
from Brunei Darussalam, 1 год назад

Project Period

Started On
Saturday, June 1, 2019
Ended On
Saturday, June 1, 2019

Количество участников

1

Часы работы

6

Topics

Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.