Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan Negeri Melaka 2019

     Pada 30 April 2019 yang lepas telah berlangsung Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan Negeri Melaka 2019 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah. Kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta, 5 orang urusetia dan 5 orang jurulatih daripada Persekutuan Pengakap Negeri Melaka

     Antara inti pati kursus adalah seperti pengenalan pengakap, sejarah pengakap, sejarah manikayu, ikatan membuat woggle, asas kawad kaki dan banyak lagi yang berkaitan dengan ilmu asas pengakap. Para peserta yang terdiri daripada guru sekolah telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan yang lengkap agar dapat dipraktikkan di sekolah masing-masing. Pendaftaran keahlian pengakap, rancangan aktiviti pengakap dan skim lencana pengakap serta cara menangani isu-isu semasa pendaftaran antara slot yang telah disampaikan kepada peserta kursus.

     Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara dan Sumber Dewasa Haji Ishak bin Mohd Jonid, Ketua Pesuruhjaya Negeri Melaka Tuan Haji Abdul Hamid bin Mustapah dan Pengerusi Pengakap Negeri Melaka Yb. Norhizam Hassan Baktie.

Аватар пользователя Fami Nara
from Malaysia, 4 месяца назад

Project Period

Started On
Tuesday, April 30, 2019
Ended On
Tuesday, April 30, 2019

Количество участников

50

Часы работы

8
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.