Matlamat Pembangunan Mampan Harus Dilaksana

Pada 25 April 2019, seramai 120 peserta termasuk saya telah menghadiri Scout of The World Award Discovery di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail(KPTMI), Kuala Nerus, Terengganu. Kursus ini juga digerakkan dan diuruskan oleh 20 orang urusetia. Selama 3 hari 2 malam kami berkhemah di KPTMI, banyak yang kami perolehi daripada Tuan Amir Hamzah, Tuan Adha, Tuan Shaqim dan Tuan Izwan. Antaranya adalah tentang Better World Framework, Peace Dialogue, SWA Heritage dan pelbagai lagi informasi dan ilmu telah diturunkan kepada kami.

Pada hari terakhir kursus iaitu pada 27 April 2019, Majlis penutupan kursus diadakan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu. Turut hadir bersama Yang Berbahagia Tuan Haji Che Soh Bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Apa yang kami peroleh daripada kursus ini perlulah kami realisasikan dengan menjalankan projek SWA bagi memastikan Matlamat Pembangunan Mampan tercapai seterusnya memberikan peluang kepada kami untuk menerima Anugerah Pengakap Dunia(Scout of the World Award).

Penghargaan diberi dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan urusetia yang telah menguruskan program kami termasuk makan minum kami sepanjang 3 hari 2 malam. Tidak dilupakan juga tahniah kepada Tuan Shahrul Azwan kerana telah berjaya mengadakan kursus pada kali ini.  

Аватар пользователя Rahimi_Ramlee
from Malaysia, 6 месяцев назад

Project Period

Started On
Thursday, April 25, 2019
Ended On
Saturday, April 27, 2019

Количество участников

140

Часы работы

24
Geolocation

Topics

Better World Framework
Communications and Scouting Profile
Adults in Scouting
Diversity and Inclusion
Partnerships
Scouting and Humanitarian Action
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.