MINI KARNIVAL PENGAKAP DAN JOTA JOTI ANTARABANGSA 2018 PPM DAERAH KUALA MUDA

MINI KARNIVAL PENGAKAP DAN JOTA JOTI ANTARABANGSA 2018 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA MUDA

Seramai 1850 ahli Pengakap Daerah Kuala Muda dan unit beruniform lain termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Tunas Puteri terlibat dalam menjayakan Jambori Di Udara Kali ke-61 dan Jambori Di Internet Kali Ke-22 Peringkat Dunia (JOTA-JOTI) 2018. Selain itu , seramai 24 orang pengendali radio amatur dari Malaysia Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) dan Komuniti Radio Amatur Wilayah 44 (KW44) turut sama hadir dalam membantu menjayakan program kali ini. Seramai 90 orang dari pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) dan swasta turut sama membantu memeriahkan lagi program. Program juga turut dikunjungi oleh masyarakat di sekitar kawasan program dijalankan. Jumlah keseluruhan peserta, pegawai dan pengunjung mencecah hampir 2700 orang.

Program ini memberi peluang kepada peserta tentang cara-cara penggunaan dan pengendalian radio amatur mengikut prosedur operasi standard yang sebenar dan program kali ini dijalankan dengan kerjasama pihak Malaysia Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) dan Komuniti Radio Amatur Wilayah 44 (KW44).

Program yang diadakan setiap tahun pada minggu ketiga bulan Oktober ini sememangnya dinantikan oleh semua ahli pengakap kerana dengan berlansungnya program ini, peserta dapat berhubung dengan ahli pengakap dari luar negara melalui radio amatur ini dan Scoutlink Chat.

Pada tahun ini tiga stesen utama telah dibuka di Kedah iaitu stesen JOTA  Kulim, Stesen JOTA JOTI Kuala Muda dan Stesen JOTA Yan serta dua sub stesen JOTA iaitu di Pokok Sena dan Kota Setar yang telah berjaya menghubungi negara luar seperti Indonesia, India, Lubnan, Crotia, Palestin, Colombia , Itali, Australia dan United Kingdom.Selain itu, peserta yang berpeluang mengikuti program kali ini yang sudah pasti memperolehi pengalaman yang sangat berharga kepada mereka yangmana boleh dikongsi kepada rakan lain. yang antaranya pengalaman mengirim berita menggunakan Kod Morse berbentuk bunyi dengan kelajuan 15 perkataan seminit dan kaedah menggunakan bendera semaphore untuk mengirim berita menggunakan isyarat bendera  dengan kiraan 25 perkataan seminit.  Aktiviti pengkalan lain yang disediakan antaranya pengenalan radio amatur, JamPuz, stesen HF, stesen VHF-UHF, kod Q dan J, phonetic alphabet, mini RAE, pameran radio amatur dan pengakap.

Buat pertama kalinya di negeri Kedah, program JOTI diperkenalkan di daerah Kuala Muda dan sambutannya sangat memberangsangkan dimana hamper 146 buah stesen JOTI dari luar negara dapat dihubungi antaranya dari Palestin, Colombia, Crotia, Itali, Trinidan and Tobago,Great Britain, Denmark, Belanda, Singapura, Indonesia dan Filipina. Diharap pada masa depan. Lebih banyak stesen JOTI dapat dibuka bagi memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan secara lansung dengan rakan-rakan pengakap luar Negara.

Program ini juga dapat menyatukan semua ahli pengakap seluruh dunia. Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kuala Muda yang juga Ahli Parlimen Merbok, Nur Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah hadir merasmikan program kali ini. Menurut YB Nurin Aina, program JOTA-JOTI diadakan bagi memberi aspirasi dan inspirasi pertubuhan agar matlamat melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing dan membolehkan ahli pengakap berkomunikasi dengan negara luar melalui radio amatur.  Beliau berharap ahli dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan pengalaman sepanjang perkhemahan ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan, pembangunan potensi diri dan kerjaya suatu masa nanti. Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd Nizar Yusof dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Muda, Meskor Tulka.

Аватар пользователя 9w2tny
from Malaysia, 1 год назад

Project Period

Started On
Friday, October 19, 2018
Ended On
Saturday, October 20, 2018

Количество участников

1850

Часы работы

29600
Geolocation

Topics

Spiritual Development
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.