KARNIVAL KEPEMIMPINAN PENGAKAP ABAD KE-21

Karnival ini telah dilaksanakan pada 18 hingga 20 September 2018. Ia dianjurkan oleh PPM KLM IPGKPM dengan kerjasama IPGKBA dan IPGM dan program dijalankan di IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Sebanyak 11 KLMIPGK hadir, terdiri dari IPGK Temenggong Ibrahim Johor, IPGK Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, IPGK Teknik, Nilai,IPGK Tengku Bainun Pulau Pinang, IPGK Ipoh, IPGK Tuanku Ampuan Afzan, IPGK Batu Lintang, Sarawak, IPGK Tuanku Abdul Rahman, Sarawak,IPGK IPGK Raja Melewar, Seremban,IPGK Islam, Bangi, IPGK Dato' Razali Ismail, Terengganu . Seramai 150 orang peserta terdiri 118 orang pelajar dan 32 orang pensyarah.

Program melibatkan: pelancaran lagu KLM Tetap Unggul, Kolokium, Forum Belia, Pertandingan Inovasi, Program Alam Sekitar, Messenger Of Peace, Radio Amateur dan pertandingan kesenian dan kebudayaan. Peserta yang terdiri dari bakal Penolong Pemimpin Pengakap mendapat ilmu pengetahuan dari ceramah dan ucap utama dan juga memperolehi kemahiran dari aktiviti yang dijalankan. Kesemua peserta berasa seronok dan ceria kerana dapat bertukar fikiran dalam aspek ilmu, kemahiran dan kepemimpinan.

Majlis perasmian dilakukan oleh En. Dahlan dari SHEPHL IPGM dan penutupan oleh En. Nazri KJ HEP IPGKBA.

Аватар пользователя yusofalhaj
from Malaysia, 11 месяцев назад

Project Period

Started On
Tuesday, September 18, 2018
Ended On
Thursday, September 20, 2018

Количество участников

150

Часы работы

3600
Geolocation

Topics

Youth Programme
Partnerships
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.