meeting at Cheras with Mr Amir Hamzah

Pada 3 ogos 2018, kami team SWA telah bersepakat untuk ke Kuala Lumpur untuk mengadakan perbincangan bersama Tuan Amir Hamzah. Kami bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada 2 Ogos dan tiba ke destinasi seawal jam 2 pagi. Pada pagi 3 ogos, semua team SWA telah berkumpul di Perpustakaan Negara untuk berbincang serba sedikit dan bertukar idea mengenai projek yang kami akan adakan. Banyak input dan idea yang menarik untuk menambahbaik projek kami. Antaranya adalah kami akan menggunakan lampu solar yang lebih baik yang mempunyai watt yang tinggi supaya cahaya yang dibiaskan akan menjadi lebih terang. Dalam perbincang itu juga, kami telah bersepakat untuk menukar nama projek kami dari street light solar lamp kepada light buzzing. Kami juga telah membahagikan team kami kepada 2 kumpulan untuk menjadikan kerja lebih efisyen. Pada jam 2 petang kami semua ke IPG Cheras untuk berjumpa Tuan AAmir Hamzah. Perjumpaan bersama Tuan Amir adalah untuk menerangkan serba sedikit tentang projek solar yang team kami akan adakan di Kampung Orang Asli PETA, Ulu Endau Mersing Johor. Kami juga meminta pendapat daripada Tuan Amir tentang proposal yang kami telah sediakan untuk projek ini. Tuan Amir Hamzah juga telah memberi tunjuk ajar tentang cara memuatnaik projek kami ini ke scout.org dengan betul. Kami telah mengadakan perbincangan ini selama 4 jam dan kami pulang ke Terengganu pada 6 petang.

Аватар пользователя insyirah din
from Malaysia, 1 год назад

Project Period

Started On
Friday, August 3, 2018
Ended On
Friday, August 3, 2018

Количество участников

8

Часы работы

64

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.