Duta kecil negara pergiat keharmonian sejagat

Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) terus pergiat usaha menjadi duta kecil kepada negara bagi memastikan keharmonian sejagat seluruh dunia terus terpelihara.

Melalui memorandum persefahaman (MOU) bersama North Gyeonggi Council Korea Scout Association dan PPMCS, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim berkata ia adalah sebagai tanda menjalinkan persaudaraan antara negara melalui kepengakapan.

“Dengan adanya perjanjian ini, kita bersetuju untuk membuat lawatan antara PPMCS dan Pengakap Korea.

“Kita juga bersetuju untuk membantu ahli pengakap kita khususnya di Sabah dan juga Korea menjalinkan silaturahim di peringkat antarabangsa kerana dalam pengakap kita menjadi duta kecil kepada negara untuk memastikan keharmonian perpaduan sejagat di seluruh dunia berterusan.

“Itulah matlamat komuniti pengakap sedunia kita yang mana memastikan keamanan ini diselaraskan di seluruh dunia melalui pergerakan dan persaudaran pengakap di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis MOU antara PPMCS dan North Gyeonggi Council Korea Scout Association di Rumah PengakapSabah(BPHouse) pada Ahad.

Awang Zaini berkata melalui MOU itu, PPMCS juga bersetuju untuk saling belajar tentang kebudayaan, pendidikan dan juga mempromosi eko pelancongan Sabah serta Korea.

Selain itu jelasnya, MOU itu juga sebagai satu usaha memperjuangkan Messengers Of Peace (MOP) seluruh dunia di Malaysia.

“Ini dapat dilihat di mana Sabah menjadi penyumbang lebih ramai keahlian dalam MOP dan dan inilah satu di antaranya kita meluaskan silaturahim melalui MOP yang membawa kepada keamanan segagat,” jelasnya.

Menurutnya, MOU itu juga dilihat sesuatu yang baik apabila PPMCS dan pengakap Korea bersamasama berkempen dan akhirnya menang dalam pemilihan lokasi Jambori Dunia ke-25 yang akan diadakan pada 2023 di Korea.

“Saya selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah telah berjanji bahawa dengan MOU ini, kita akan menghantar ahli pengakap Sabah ke Jambori Dunia ke-25,” katanya.

Sementara itu, Presiden North Gyeonggi Council Korea Scout Association Jea Keun Kim berkata beliau akan terus berusaha untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kepengakapan yang menarik bersama-sama dengan PPMCS sebagai satu jalinan usaha sama mempromosikan MOP dan mengukuhkan hubungan persaudaraan melalui kepengakapan.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya North Gyeonggi Council Korea Scout Association Jong Wan Shin.
Dalam pada itu, Awang Zaini berkata PPMCS juga akan mengadakan lawatan dan majlis menandatangani MOU bersama Pengakap Brunei Darussalam pada Oktober bagi mengadakan Jambori Borneo pertama.
Jelasnya, jambori berkenaan akan melibatkan seluruh kepulauan Borneo seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Lebih kurang sembilan negara dan negeri akan menyertai jambori bersejarah ini.

“Diharapkan jambori ini akan diadakan pada 2020 dan juga berharap agar Sabah akan dipilih sebagai tuan rumah Jambori Borneo pertama ini,” katanya.

Аватар пользователя Alfred Petrus
from Malaysia, 3 года назад
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.