Terjun dari 3500kaki

Seramai tujuh orang belia, dua beliawanis negeri Terengganu telah berjaya melakukan terjunan dari aras ketinggian 3000 - 4000 kaki dari paras laut di Segamat Skydiving Drop Zone,Segamat, Johor. Mereka terdiri daripada pemimpin dan ahli Pengakap Kelana D Kuala Terengganu, Pengakap Kelana B Hulu Terengganu dan Pengakap Kelana A Marang telah membuat terjunan pada 5-6 Mei 2017. Kursus Asas Payung Terjun ini dikendalikan oleh HAWK Sports Skydiving Club Kuala Lumpur dan kesemua pelatih telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya serta telah berjaya mendapat Parachuting License Class Static-Line daripada Malaysia Sports Parachuting Association.

Majlis kemudiannya di serikan lagi dengan upacara penyampaian Sayap Penerjunan Pengakap yang dilakukan oleh Tuan Badin Uteh, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang mewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaakub.

Аватар пользователя Hencik Shah
from Malaysia, 3 года назад

Project Period

Started On
Friday, May 5, 2017
Ended On
Saturday, May 6, 2017

Количество участников

9

Часы работы

16

Topics

Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.