University Community Engagement (UCE) IDOLA UNIVERSITI Siri 1 - English is Fun
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan KPI CAP PSPTN 2014 agar satu program berbentuk University Community Engagement (UCE) dilaksanakan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UniSZA. Program Idola Universiti ini akan memberi peluang kepada sasaran peserta iaitu Sekolah Kebangsaan Kg. Lembah Bidong, Merang, Setiu untuk mempunyai idola di kalangan ahli kelab KLKM UniSZA yang juga pelajar universiti.
Peserta akan melalui pengalaman/ kehidupan seorang mahasiswa/ mahasiswi di universiti. Ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan visual dan emosi, bayangan yang membangkitkan semangat dan perasaan untuk cemerlang dalam pelajaran dan menjadi mahasiswa/ mahasiswi universiti satu hari nanti.
Program ini diadakan secara berkala iaitu mulai bulan Mei, Jun, Ogos, September dan Oktober yang merangkap program untuk pertauliahan ahli KLKM UniSZA oleh jawatan tertinggi Kelana siswa KLKM UniSZA.
Bagi program bulan Mei ini merupakan program ‘kenal suai’ dan aktiviti yang dilakukan bertemakan ‘ENGLISH IS FUN’. Program ini terbahagi 2 bahagian iaitu ‘in door’ dan ‘out door’.
Aktiviti dijalankan seperti Senaman Pagi, Ice Breaking, Golden Dream, 1 Student 1 Sentence, Guess The Word, Transferring Information (Using Body Gestures), lawatan ke Perpustakaan Kampus Gong Badak, Explore The Nature seperti Music Box , Blind Instruction, Spelling Puzzle, Guess Character, Isi Air Dalam Botol, Bina Ayat dan program diakhiri dengan majlis penutupan, penyampaian hadiah kepada peserta.