MISI PASCA BANJIR 20/21, PEMBERSIHAN RUMAH MANGSA BANJIR (DAERAH KOTA TINGGI)

     Skuad Pasca Bencana Johor merupakan sebuah pasukan yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat atau komuniti yang terjejas akibat daripada bencana atau musibah yang melanda mereka. Skuad ini adalah salah satu pecahan yang berada di dalam Kelab Sahabat Johor Darul Takzim (SJDT). Pengerusinya iaitu saudara En. Mohd Fairuz bin Muhammad telah mengambil inisiatif untuk melakukan aktivti pembersihan di kawasan yang dilanda banjir. Oleh itu, kawasan yang menjadi sasaran kami ialah di Kampung Kelantan, Kota Tinggi.

     Pada tanggal 07 Januari 2021, semua sukarelawan yang hadir berkumpul di markas kelab SJDT di Kota Tinggi. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan SJDT memberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Para sukarelawan yang hadir pada hari berkenaan terdiri daripada Sukarelawan Gugusan Felda Lok Heng, Aktivis Kesukarelaan Johor, Sahabat Johor Darul Takzim dan wakil daripada PPM Daerah Pontian iaitu saya seorang. Sebelum aktiviti pembersihan dijalankan, kami membuat persediaan dengan mengumpulkan segala peralatan yang akan digunakan seperti penarik air, penyapu, paip, ‘water jet’ dan lain-lain. Setelah persiapan semua siap disediakan, kami bersarapan dan bergerak ke Kampung Kelantan. Pihak pengurusan mencadangkan pergerakan hanya menggunakan 5 buah kereta sahaja. Hal ini bertujuan supaya kami semua dapat bergerak secara berkumpulan dan tidak berpisah sewaktu menuju ke lokasi. Hujan yang turun dengan lebat telah menyukarkan pergerakan kami ke lokasi dan terpaksa kami tunda pergerakan dari jam 9.00 pagi kepada 10.00 pagi.

                Setibanya di Kampung Kelantan, kami meninjau dahulu buat sementara waktu untuk melihat keadaan di sekitar kampung berkenaan. Apa yang saya dapat lihat kebanyakan rumah hamper terjejas akibat bencana banjir yang melanda di kawasan mereka. Hampir 80% barang-barang yang berada di rumah mereka terpaksa dibuang dan dilupuskan. Hasil perbualan antara saya dan beberapa mangsa banjir disitu, air banjir itu naik pada paras pinggang. Mereka terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selama 3 hari. Mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Hanya dokumen-dokumen penting sahaja yang dapat mereka selamatkan. Aktiviti pembersihan bermula jam 11.15 pagi sehingga jam 5.00 petang. Hujan yang masih turun menyebabkan kami tidak dapat melakukan dengan pantas.

                Kami hanya sempat membersihkan 2 buah rumah sahaja. Hal ini disebabkan oleh faktor keadaan para sukarelawan yang penat cuaca yang kurang baik iatu hujan turun berterusan. Aktiviti itu turut disertai oleh agensi-agensi lain seperti SWM, pihak berkuasa tempatan, Angkatan Petahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (APM) dan lain-lain. Ini menunjukkan hubungan antara pihak atasan dengan masyarakat berpisah tiada. Terdapat juga wakil daripada DUN dan Parlimen yang turut hadir Bersama. Mereka memberi sumbangan keperluan harian seperti beras, gula, garam dan sebagainya kepada mangsa banjir. Manakala untuk para sukarelawan dan agensi lain, kami telah diberikan makanan dan minuman seperti roti dan ‘Mcdonald’. Bukan masyarakat sahaja terharu, kami juga berasa terharu kerana masih ada pihak lain yang turut prihatin dan turun Bersama-sama mebantu mereka yang memerlukan. Dengan ini, mereka akan lebih merasa bahawa mereka tidak dipinggirkan malah mereka menjadi keutamaan kami.

                Alhamdulillah, jam 6.00 petang semuanya bersurai termasuk agensi-agensi lain kerana senja telah tiba. Saya berharap aktivti seperti ini akan dapat diteruskan bukan sahaja daripada kami sahaja, malah daripada NGO-NGO dan agensi lain. Ini kerana kita perlu membantu antara satu sama lain dan memberikan sedikit kata-kata semangat. Dengan ini, mereka tidak akan berasa sedih atas musibah yang dilanda mereka. Semoga kita semua berpeluang untuk melakukan perkara baik di masa akan datang.

Faiz Danuri's picture
from Malaysia, 3 weeks ago

Project Period

Started On
Thursday, January 7, 2021
Ended On
Thursday, January 7, 2021

Participants

1

Service hours

6

Topics

Youth Programme
Scouting and Humanitarian Action
Better World Framework
Partnerships
Communications and Scouting Profile

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.