Post

Pada 13 Febuari 2020, saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN dari Blackflurry Rovers, Pasir Mas, Kelantan, menyertai Bengkel Scout Of The World Discovery (SWD) selama 4 hari 3 malam yang bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan,  bersama 59 orang ahli pengakap dan bukan pengakap daripada seluruh Malaysia.  Bengkel SWD ini adalah langkah pertama untuk saya mendapatkan anugerah Scout Of The World Award (SWA). Saya juga telah diberi pendedahan tentang kesemua 17 Sustainable Development Goals (SDG's) dan memahami dengan teliti maksud kesemua jenis-jenis SDG's. Bengkel SWD ini juga membantu saya dalam menjayakan projek SWA saya kelak dalam pelbagai aspek yang diperlukan. Tambahan pula untuk melayakkan seseorang itu dianugerahkan Scout of The World Award (SWA) seseorang peserta wajib menghadiri SWD untuk mendapatkan passport sebagai bukti anda telah menghabiskan bengkel.

Setelah berakhirnya bengkel SWD ini lah telah tercetusnya idea untuk melaksanakan projek MAFUS yag membawa maksud Madrasah For Us. Pada masa yang sama, dengan pembangunan madrasah tersebut, kami dapat meluaskan empayar Islam di sesebuah kawasan tersebut. Jadi kami bersama mengadakan perbincangan pada awalnya dianggotai oleh kumpulan kami sahaja MAFUS, kemudian pertemuan seterusnya dilakukan sekali lagi tetapi kali ini kami menjemput pewaris tanah iaitu Umi dan tinjauan sekeliling madrasah dilakukan.

Bermula 17 Januari 2020, pelaksanaan projek MAFUS dimulakan dengan gotong royong pertama bagi sesi perobohan madrasah lama di tapak pembinaan. Gotong royong ini bermula dengan saya sebagai ketua pembinaan memberi penelitian gotong royong kepada semua sukarelawan kampung, sukarelawan Pengakap Kelana B Pasir Mas dan semua ahli mafus yang terlibat dan memberitahu semua ahli gotong royong tempat yang perlu dirobohkan dan tempat yang tidak perlu dirobohkan dan menyimpan kayu-kayu yang masih boleh dipakai di dalam setor binaan yang telah ditetapkan. Kami juga memulakan perobohan madrasah lama mengikut urutan iaitu dari bahagian atas madarasah lama ke bahagian bawah madrasah lama

Keesokan harinya, gotong royong kedua untuk sesi pembersihan tapak pembinaan bermula dengan saya memberi arahan permbersihan tapak pembinaan kepada semua ahli gotong royong yang terlibat dan memberitahu tempat pembuangan sampah kepada semua ahli gotong royong yang terlibat. Seterusnya, kami memulakan pembersihan tapak projek dengan membuang sampah besar terlebih dahulu kemudian disusuli sampah kecil disamping memastikan kayu-kayu dan barangan yang terpakai disimpan di dalam setor binaan yang telah ditetapkan Setelah selesai maka progress seterusnya berjalan iaitu pembangunan Madrasah.Proses tersebut memakan masa lebih kurang 30 minggu.Kami juga meminta bantuan daripada orang berpengalaman bagi membantu kami dalam proses pembinaan tersebut kerana madrasah yang lama 90% tidak dapat digunakan lagi kecuali hanya tapak asal sahaja.

Cabaran yang paling mencabar bagi saya  adalah kerana saya memegang jawatan sebagai Ketua Pembinaan Projek yang memikul tanggungjawab merancang pembinaan, memeriksa bahan binaan, cara-cara pembinaan mengawal keselamatan semasa pembinaan dan menamatkan kerja binaan kumpulan selaras dengan pelan binaan yang sepatutnya. Di samping itu, saya juga bertanggungjawab membahagikan tugas binaan mengikut kemahiran dan kemampuan ahli kumpulan. Tanggungjawab yang paling mencabar bagi saya ialah untuk memastikan keselamatan semua ahli-ahli dan sukarelawan ketika sesi binaan, yang bermaksud jika apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku pada waktu pembinaan akan jatuh kepada diri saya sendiri. Pada awalnya saya kekok untuk memberi arahan akan tetapi, hari demi hari berlalu membuatkan saya belajar untuk membiasakan diri dengan tugasan dan dipertanggungjawabkan kepada saya. Cabaran yang saya akan ingati seumur hidup saya juga ialah apabila bekerja di bawah pancaran matahari selama 30 minggu. Pengalaman yang agak perit dan mencabar ini telah mematangkan diri saya dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagai contoh, saya dapat merasakan sendiri bagaimana seorang buruh menahan dan menanggung kesusahan demi mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada ahli keluarga.

Harapan saya ialah berharap agar apa yang usahakan selama ini akan dihargai oleh masyarakat. Kami bukanlah orang berkemahiran dalam bidang ini pada awalnya tetapi memikirkan nasib penduduk setempat, kami bekerja keras bagi menyiapkan projek MAFUS kami ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiap Madrasah  Haji Senik Kampung Pak Limah,Salor.

 

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN's picture
from Malaysia, 1 week ago

SDG

Tags

Better World Framework
Messengers of Peace
Sustainable
Volunteering
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.