Project

-Bermula 7 Jun 2020 semasa, aktiviti pembinaan disambung selepas sesi plaster dinding madrasah berjaya disiapkan sepenuhnya. Saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN sebagai Ketua Pembinaan Projek MAFUS menjalankan tugas di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.

Sebagai Ketua Pembinaan Projek, saya menjalankan tugas dengan meneliti semua barangan keperluan dan membeli semua barangan keperluan seperti "undercoat", cat warna, syelek kayu, roller pengecat, batang roller pengecat dan mozek. Saya juga menjalankan tugas dengan memberi arahan pembinaan yang teliti kepada buruh-buruh MAFUS dan sukarelawan pembinaan Madrasah Hj. Senik sebelum memulakan kerja pembinaan.

Setelah selesai tugas sebagai Ketua Pembinaan, saya juga meneruskan kerja pembinaan Madrasah dengan berbincang dengan pakar binaan, Hj Hassan untuk memulakan sesi pengecatan dinding madrasah, memberi penelitian pengecatan dinding madrasah kepada ahli pembinaan MAFUS dan sukarelawan kampung yang terlibat, memulakan sesi pengecatan dinding madrasah dengan membuka tong cat dan mengacau cat menggunakan batang besi, menyelup roller atau berus ke dalam tong cat dan mengecat seluruh dinding madrasah sehingga selesai.

Setelah selesai sesi pengecatan, perbincangan dengan pakar binaan, Hj Hassan untuk menampal mozek pelataian dalam madrasah, memberi penelitian penampalan mozek pelataian dalam madrasah kepada ahli pembinaan MAFUS dan sukarelawan kampung yang terlibat, memulakan penampalan mozek pelataian dalam madrasah dengan membuat tali penanda aras pada pelataian madrasah, membuat campuran simen dan air yang mencukupi untuk penampalan mozek, tampalkan mozek pada pelataian dalam madrasah mengikut tali penanda aras yang telah dibuat dan menstabilkan mozek pelataian menggunakan penimbang air.

Seramai 11 orang termasuk 8 orang ahli rasmi MAFUS dan 3 orang sukarelawan kampung menjayakan kerja pengecatan dan penampalan mozek pelataian madrasah.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN's picture
from Malaysia, 1 week ago

Project Period

Started On
Sunday, July 26, 2020
Ended On
Thursday, July 30, 2020

Participants

1

Service hours

30

Topics

Scouting and Humanitarian Action
Better World Framework

SDG

You should not see this

Comments

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.