Mesyuarat Pasukan Latihan Bahagian, Pantai Barat Selatan, Sabah sesi 1/2020

Kota Kinabalu 12.1.2020, Pasukan Latihan Bahagian Pantai Barat Selatan, Negeri Sabah telah mengadakan mesyuarat sesi 1/2020 bertempat di rumah BP, Sembulan. Pengerusi PLB yang baru Encik Raymond Epun telah mengerusikan mesyuarat kali ini. Sebelum memulakan mesyuarat Alfatihah untuk Pengerusi PLB yang lama, Encik Sayful Foo yang telah kembali ke rahmatullah. Rata rata semua pesuruhjaya Daerah sekitar pantai barat selatan hadir termasuk para jurulatih pemegang manikayu 4 butir dan 3 butir hadir. Antara agenda yang dibincangkan pemantapan pasukan latihan, kemaskini pemegang manikayu 2 butir dan pemantapan kursus kursus manikayu, Ketua patrol dan pasukan enam sekawan serta ujian ujian untuk Ujian Sikap Pengakap Raja, Anugerah Pengakap Raja, Anugerah BP dan ujian untuk semua unit pengakap kanak-kanak, muda, Remaja dan kelana.

Pengerusi mengharapkan agar para pesuruhjaya Daerah yang dilantik dapat bekerjasama dengan pasukan latihan dengan lebih baik.

AbdulRazik's picture
from Malaysia, 8 months ago

Tags

Academic Sector

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.