Project

Trip pengembaraan sejauh 1030km oleh Pasukan Pengakap Banzai Rovers bersama seorang ahli kelana Tawau telah menyusuri beberapa buah daerah termasuk Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Kudat dan Kota Belud. Pengembaraan selama 3 hari 2 malam berjalan dengan lancar. Semua aktiviti yang dijalankan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pada hari pertama, aktiviti Ujian Lencana Sayap Kepandaian(paragliding) telah bejalan dengan lancar yang telah mengambil tempat di Kompleks Sukan Ranau. Kemudiannya, singgah solat di Kundasang dan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan telah beriadah dengan mengadakan perlawanan persahabatan futsal dan badminton bersama Pasukan Cerita Mxti BC. Setelah itu, semua ahli pengakap merehatkan diri di BP House Kota Kinabalu.

Pada hari kedua, Pasukan Banzai Rovers bersama seorang ahli kelana Tawau telah meneruskan perjalanan pengembaraan ke Kudat. Setibanya di BP House Kudat, ahli pengakap kelana disambut oleh pengakap kelana daerah Kudat bersama hidangan juadah makanan yang menyelerakan. Setelah itu, ahli pengakap Banzai Rovers bersama ahli pengakap kelana daerah Kudat telah menjalankan aktiviti penanaman kelapa pandan, buah naga, dan serai di tanah pengakap daerah Kudat. Seterusnya, pasukan pengakap daerah Kudat membawa ahli pengakap kelana Banzai melawat ke Tampat Do Aman di daerah Kudat

Kemudiannya, pasukan pengakap Kelana Banzai telah meneruskan perjalanan ke Kota Belud. Setibanya di Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud pasukan pengakap merehatkan diri dengan mendirikan beberapa buah khemah. Keesokan paginya, semua ahli pengakap kelana telah menjalankan aktiviti membersihkan kawasan Polumpung Melangkap View Camp Site(PMVCS) setelah itu ahli pengakap kelana meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabatangan.

MOHD HAZLAN BIN SUDING's picture
from Malaysia, 1 week ago

Project Period

Started On
Thursday, December 12, 2019
Ended On
Sunday, December 15, 2019

Participants

55

Service hours

990
Geolocation

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting

SDG

You should not see this

Comments

Abd ghani's picture

tahniah....

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.