Program Pesona Remaja Wanita Peringkat W.P Labuan

Program Pesona Remaja Wanita merupakan bengkel untuk ahli Pengakap Wanita yang julung kali diadakan di Labuan. seramai 123 orang remaja wanita berusia diantara 10 tahun sehingga 16 tahun mendapat manfaat daripada bengkel kuih tradisional yang dijalankan. Program ini  diadakan di Astaka terbuka SMK Mutiara. Peserta mempelajari cara menghasilkan 3 jenis kuih tradisional iaitu kuih Ondeh-ondeh, kuih Lepat ubi dan Kuih Lamban ( pulut santan yang dibungkus dengan daun pucuk kelapa). Pengalaman yang menyeronok bagi para peserta apabila membuat kuih secara bergotong-royong dan berkongsi hasil kuih yang dimasak bersama. Slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Suriati Sjamsudin, Kaunselor panel Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertajuk "Mutiara Seorang Gadis" disampaikan dengan santun tetapi memberikan mesej yang jelas kepada peserta tentang pentingnya menjaga maruah diri yang utuh. slot terakhir ialah teknik mempertahankan diri asas yang dikendalikan oleh Cikgu Azizan Bin Ibrahim daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Cawangan Labuan. Majlis Penutupan disempurkan oleh YBhg. Datih Hajah Dayang Pungut Binti Abdul Jalil, Naib Yang Dipertua II Persekutuan Pengakap Malaysia , W.P Labuan, turut hadir YBhg. Datin Sri Dato' Norsiah Binti Abdullah, Penaung BP  Guild Labuan, En. Hong Heng Chee , Ketua Pesuruhjaya Negeri Pengakap Labuan, Pn. Siti Aminah Bt Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Mutiara Labuan.  

ANGELA JOSEPH's picture
from Malaysia, 6 days ago

Project Period

Started On
Friday, November 8, 2019
Ended On
Friday, November 8, 2019

Participants

123

Service hours

738
Geolocation

Topics

Better World Framework
Youth Engagement
Youth Programme
Safe from Harm
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.