Perkongsian Topik SDG's & Diskusi "What You Understand About Peace" Siri 2/2019

     Pada 20 September 2019 yang lalu, telah berlangsung program Perkongsian Topik SDG's & Diskusi "What You Understand About Peace" Siri 2/2019 bersama-sama dengan pelatih Sijil Kemahiran Malaysia dari syarikat Composites Technology Research Malaysia (CTRM). Program diadakan di CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Jalan Merdeka 33, Taman Merdeka, 75350 Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Seramai 10 orang pelatih dan seorang koordinator telah terlibat dalam program ini.

     Antara objektif utama program ini diadakan adalah sebagai perkongsian, penerangan dan kesedaran belia masa kini terhadap kepentingan Sustainable Development Goals (SDG's) dalam kehidupan kini serta masa hadapan. Setiap 17 sub-topik SDG's diterangkan maksud, kepentingan serta tindakan yang wajar diambil bagi semua induvidu. Aktiviti luahan dan pandangan belia kini terhadap apakah maksud keamanan dalam jiwa mereka juga dijalankan bagi mengenal pasti fahaman belia pada masa kini.

     Program dikendalikan oleh koordinator Messenger of Peace, Encik Muhammad Zulfami bin Isnin. Perjalanan program bermula dari jam 9.00am dan berakhir pada jam 5.30pm. 

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.