Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Negeri Melaka 2019

     Pada 20 sehingga 22 September 2019 yang lepas telah berlangsung Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Negeri Melaka 2019 yang diadakan di Institut Latihan & Kem Pengakap Negeri Melaka. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta, 5 orang kuatermaster, 2 orang ketua jurulatih dan 5 orang penolong jurulatih serta 15 orang pembimbing daripada Persekutuan Pengakap Negeri Melaka

     Antara inti pati kursus adalah seperti pengenalan unit pengakap, skim lencana pengakap, perjalanan mendapatkan manikayu, ikatan membuat woggle, istiadat pagi, laungan agong, asas kawad kaki, penerangan serta malam pengakap dan banyak lagi yang berkaitan dengan ilmu asas pengakap. Para peserta yang terdiri daripada guru sekolah telah didedahkan dengan ilmu kepengakapan yang lengkap agar dapat dipraktikkan di sekolah masing-masing. Pendaftaran keahlian pengakap, rancangan aktiviti pengakap dan skim lencana pengakap serta cara menangani isu-isu semasa pendaftaran antara slot yang telah disampaikan kepada peserta kursus.

     Sesi penyampaian sijil dilaksanakan pada hari terakhir kursus. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Melaka Tuan Haji Abdul Hamid bin Mustapah.

You should not see this

Comments

mohamad firdaus's picture

Terboekkk shbt

mohamad firdaus's picture

We love you

Fami Nara's picture
from Malaysia, 2 months ago

Project Period

Started On
Friday, September 20, 2019
Ended On
Sunday, September 22, 2019

Participants

57

Service hours

1026
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Spiritual Development
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.