Hujung minggu yang bermakna bersama MoP

We are Scouts, We are Messenger of Peace!
Pada 19 Julai 2019, seramai 101 ahli pengakap dari seluruh negara telah menyertai kursus Messenger of Peace (MoP) yang dianjurkan di IPG Kampus Perlis. Dalam kursus ini, peserta dilatih untuk menjadi seorang koordinator yang bakal memimpin dan menguruskan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan MoP. Dalam kursus ini, kami belajar bersama, bermain bersama dan saling menukar pendapat antara satu sama lain. Oleh itu, saya percaya bahawa kursus ini bukan sahaja berjaya mendidik kami untuk menjadi seorang koordinator MoP malah juga mewujudkan perhubungan harmoni antara ahli-ahli pengakap daripada institusi yang berlainan. Daripada maklumat MoP yang disampaikan, salah satu ialah Sustainable Development Goals (SDG). SDG telah memberi kesedaran kepada diri saya bahawa pendamaian bukan sahaja memperihalkan hubungan dan perkembangan masyarakat malah juga mementingkan kesejahteraan diri dan keharmonian antara manusia dan alam sekelilingnya. Secara kesimpulannya, kursus ini telah memberi peluang kepada kita semua untuk mengenali semula apakah nilai kedamaian kepada masyarakat kita. Kursus ini sangat menyeronokkan dan saya berharap agar bakal-bakal koordinator MoP terus melaksanakan peranan kita setelah kursus ini tamat. Tarian MoP mesti diingati sampai bila-bila ya rakan pengakap sekalian!

Amanda Chee Pau Zhen's picture
from Malaysia, 4 months ago

Project Period

Started On
Friday, July 19, 2019
Ended On
Sunday, July 21, 2019

Participants

120

Service hours

2160
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Spiritual Development

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.