Pengakap Labuan Anjur Kursus Kepimpinan Lanjutan

Pengakap Labuan Anjur Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1

Desa Tunas Hijau, Kg Sungai Miri

5-7 Julai 2019

 

LABUAN – 15 Pemimpin Pengakap menempuhi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 yang berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Desa Tunas Hijau pada 5 hingga 7 Julai 2019 yang lalu. Para pemimpin pengakap mewakili kumpulan masing-masing terdiri daripada Labuan International School, SMK Taman Perumahan Bedaun, SK Pantai, SK Membedai dan SMA MAIWP.

 

Disepanjang perkhemahan ini para pseserta didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan dan kemahiran kepengakapan. pengetahuan am mengenai Organisasi Ibu Pejabat PPM, Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan Kawasan Asia-Pasifik serta pelbagai kemahiran mencakupi bidang navigasi di daratan, pandu arah, dan kelangsungan hidup di rimba.

 

Penyelaras kursus, Skip Niza Utiya Binti Hj. Hamzah berkata, kursus itu bertujuan membuka peluang golongan sasar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang kepimpinan untuk dimanfaatkan bagi kumpulan pengakap masing-masing.

 

“Peserta juga didedahkan dengan Seni Perkhemahan iaitu cara mengurus tapak perkhemahan, mengetahui keperluan-keperluan di tapak perkhemahan, mendirikan khemah, gajet-gajet dengan betul dan selamat. Pembelajaran istiadat pengakap juga telah diterapkan kepada kepada pemimpin agar lebih peka terhadap keperluan protokol sesuatu majlis pengakap’’, ujarnya lagi.

 

Sepanjang perkhemahan para pseserta dinilai dari segi kecergasan dan kekemasan meliputi pematuhan peraturan dan menepati masa, menjaga kebersihan dan kekemasan diri setiap waktu serta memahami prinsip dan dasar pengakap. Peserta yang lulus pada peringkat ini akan melalui peringkat seterusnya iaitu Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 yang dijangka akan diadakan pada 23 - 25 Ogos 2019.

 

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Latihan Negeri Skip Rosni Bin Mohd Daud. Menurut Niza Utiya, semua peserta yang berjaya menamatkan kursus menerima sepasang wogel dan sijil kemahiran yang disampaikan oleh Skip Rosni sebagai kelayakan mereka meneruskan latihan pengakap di kumpulan masing-masing.

 

RMD's picture
by RMD
from Malaysia, 1 week ago

Project Period

Started On
Friday, July 5, 2019
Ended On
Sunday, July 7, 2019

Participants

15

Service hours

270
Geolocation

Topics

Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.