Light Buzzing at Kampung Orang Asli PETA, Ulu Endau, Johor

Pada Tarikh 31 Ogos hingga 2 September 2018, kami telah berangkat ke Endau Rompin, Johor untuk menjayakan projek kami iaitu Light Buzzing yang bertempat di Kampung Orang Asli PETA, Ulu Endau Mersing Johor. Projek ini merupakan projek kesinambungan dari projek rintis kami yang bertempat di Kampung Vietnam, Bidong, di mana kami masih menggunakan tenaga solar cuma mempunyai sedikit perbezaaan di mana ia berbeza dari segi kekuatan cahaya dan saiz solar yang digunakan. Di kampung tersebut, kami telah sepakat untuk meletakkan lampu solar di beberapa bahagian seperti di sekitar jalan yang gelap, yang tidak mempunyai cahaya, pada laluan utama yang menghubungkan ke laluan Jeti, di sekitar rumah Tok Batin, iaitu ketua kampung tersebut dan lain lain-lain lagi. Perjalanan untuk sampai ke perkampungan orang asli ini dari bandar johor mengambil masa kira kira 2 jam.

            Setibanya di perkampungan tersebut, kami telah pergi ke rumah Tok Batin, yang boleh diibaratkan sebagai ketua kampung yang bertanggungjawab untuk menjaga kampung tersebut. Semasa berjumpa dengan Tok Batin, kami telah memberikan sedikit penghargaan kepada beliau sebagai penghargaan kepada beliau kerana telah memberi kebenaran ke atas pihak kami dalam menjayakan projek Light Buzzing ini. Setelah itu, kami berangkat ke dewan sekolah untuk meletakkan barang-barang yang telah dibawa bersama. Setelah itu, kami meneruskan aktiviti kami dengan melawat kampung. Sebelum itu, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team Arising dan Team Awaken. Kedua dua pasukan ini telah melakukan rondaan kampung untuk melihat kawasan seterusnya menggali lubang sebagai tanda untuk kami memasang lampu solar tersebut. Ia merupakan satu pengalaman yang baru buat kami semua terutamanya ketika menggali lubang, kerana ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mebuat lubang teurtamanya kepada peserta perempuan.

            Pada keesokan harinya, kedua dua kumpulan ini meneruskan tugasan mereka. Satu kumpulan akan meneruskan kerja dengan pemasangan konkrit untuk lampu jalan, manakala satu kumpulan lagi akan membuat pemasangan lampu solar di kawasan jeti, laluan yang mnghubungkan ke tempat jeti iaitu di sekitar tangga dan kawasan tandas yang berada di kawasan jeti, juga di balai polis mini yang berada di kampung tersebut. Kesemua pasukan melakukan tugas mereka dengan baik dan tugasan ini dapat dihabiskan sebelum lewat petang. Pada waktu malam pula, kami telah melakukan rondaan untuk melihat keadaan lampu tersebut sama ada ia mempunyai kerosakan atau tidak. Kami amat berpuas hati dan gembira kerana semua lampu solar yang dipasang berfungsi dengan baik dan seterusnya dapat menerangi kawasan yang gelap terutamanya di sekitar jalan yang sebelum ini tidak mempunyai lampu jalan, menyebabkan jalan tersebut sangat gelap dan agak berbahaya untuk penduduk kampung keluar pada waktu malam. Dengan adanya lampu solar ini, ia dapat menerangi sedikit sebanyak jalan tersebut, malah ia dapat membantu penduduk kampung yang ingin keluar pada waktu malam.

            Kami berasa amat puas hati dan gembira kerana dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya dan tepat pada masanya. Kami berharap dengan adanya lampu solar ini ia dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung khususnya pada waktu malam sekaligus mempertingkat keselamatan mereka terutamanya ketika hendak keluar.

 

Syazreen Najib's picture
from Malaysia, 3 months ago

Project Period

Started On
Friday, August 31, 2018
Ended On
Sunday, September 2, 2018

Participants

12

Service hours

216
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.