[ THE WASH PROJECT : UPDATE 13 ] Finishing And Cleanup In Progress

Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Finishing/Landscape/Piping System
Tarikh : 20-24/10/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Taman Eko Rimba Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang
Peserta : 6

Projek sudah 80% siap. Tinggal hanya finishing sahaja yang perlu dilakukan. Kami mula membersihkan sisa-sisa binaan yang tidak diperlukan lagi. Tapak projek perlu ditinggalkan bersih seperti mana kami mula masuk. Seterusnya kami mula memasang sistem paip bagi tujuan pengairan untuk ke tandas dan kolah. Kami menggunakan paip yang terpakai dan masih elok bagi tujuan penjimatan kos dan mengaplikasikan konsep Reduce, Reuse, Recycle. Air berjaya mengalir ke tandas kami. Senyuman mulai kelihatan di wajah masing-masing. Kami juga menghias landscape tandas kami dengan menanam pokok bunga dan pokok-pokok renek agar di masa hadapan akan menjadi tempat yang teduh.  Tandas telah siap sepunuhnya dan siap digunakan. Tandas akan mula dicat pada majlis penutup nanti. Majlis perasmian dan penutup akan berlangsung pada 25-28 Oktober 2018 menggabungkan program lencana ekstrem anjuran Pengakap udara G Kuantan dan perasmian The Wash Project hasil daripada projek SWA Young Griffin's.

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Nantikan update seterusnya daripada Young Griffin's !!!

Khairil Deqwan's picture
from Malaysia, 5 months ago

Project Period

Started On
Saturday, October 20, 2018
Ended On
Wednesday, October 24, 2018

Participants

6

Service hours

180

Topics

Adults in Scouting
Scouting and Humanitarian Action
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.