[ THE WASH PROJECT : UPDATE 11 ] More Stuff Need To Buy, Shopping Again!

Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Pembelian Barang Binaan Fasa Kedua
Tarikh : 15/10/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Kuantan/Maran, Pahang
Peserta : 6

Setelah 5 hari bertungkus-lumus menaikkan dinding tandas, bahan binaan dari pembelian fasa pertama kami telah habis. Kami memutuskan untuk berehat sehari bagi menambah/membeli bahan binaan. Senarai pembelian bagi pembelian fasa kedua perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran dan berlakunya ketirisan dalam belanjawan kami. Kami berbincang, mengemukakan pendapat masing-masing dan akhirnya mencapai persetujuan bersama. Senarai pembelian fasa kedua telah selesai dan kami terus bergerak menuju ke kedai pilihan kami. Lori disediakan dan bahan-bahan binaan sedia untuk dipunggah dan dibawa masuk sekali lagi. Seperti biasa, jalan yang berlopak kerana hujan turun dengan lebat sentiasa menunggu kami. Ia menjadi salah satu cabaran terbesar buat kami. Kali ini 2 biji lori 2 tan membawa masuk bahan binaan. Pembelian fasa kedua ini dijangka mencukupi untuk menyiapkan projek kami sehingga siap untuk dirasmikan.

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Nantikan update seterusnya daripada Young Griffin's !!

Khairil Deqwan's picture
from Malaysia, 5 months ago

Project Period

Started On
Monday, October 15, 2018
Ended On
Monday, October 15, 2018

Participants

6

Service hours

36

Topics

Adults in Scouting
Scouting and Humanitarian Action
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.