[ THE WASH PROJECT : UPDATE 7 ] Its Shopping Time !!!

Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Pembelian Barang Binaan Fasa Pertama
Tarikh : 30/09/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Kuantan/Maran, Pahang
Peserta : 6

Sehari sebelum kami masuk ke Taman Eko Rimba Air Terjun Jerangkang, kami telah membuat persediaan dari segi bekalan bahan binaan dan bekalan makanan. Denga itu kami telah singgah di kedai bahan binaan yang terpilih. Beberapa palet batu-batu, pasir dan simen telah dibayar dan dinaikkan ke atas lori supaya keesokan harinya memudahkan pergerakan kami ke tapak pembinaan. Kami memutuskan untuk membuat 2 fasa pembelian. Tujuannya ialah bagi mengelakkan pembaziran dan mengawal kos pembelanjaan. Pembelian fasa kedua hanya akan dilakukan apabila kesemua bahan binaan dari pembelian fasa pertama habis. Kami juga menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kayu, zink atap, paip air dan banyak lagi sebagai salah satu cara bagi mengurangkan kos projek. Penggunaan bahan-bahan terpakai ini tidak akan menjejaskan kualiti binaan kami malahan ini merupakan salah satu cara kami untuk mengaplikasikan konsep Reduce, Reuse,Recycle yang mana mengurangkan bahan buangan/terpakai untuk tujuan yang lebih baik. Selain daripada membeli bahan binaan, kami juga telah membeli bahan makanan kerana kami akan berkampung di tapak pembinaan sehingga selesai.

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Nantikan update seterusnya daripada Young Griffin's !!!

Khairil Deqwan's picture
from Malaysia, 5 months ago

Project Period

Started On
Sunday, September 30, 2018
Ended On
Sunday, September 30, 2018

Participants

6

Service hours

36

Topics

Adults in Scouting
Safe from Harm
Scouting and Humanitarian Action
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.