[ THE WASH PROJECT : UPDATE 5 ] Project Site Visit

Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Melawat Tapak Pembinaan
Tarikh : 28/09/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Taman Eko Rimba Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang
Peserta : 6

Projek dimulakan dengan melawat tapak kawasan pembinaan. Pelbagai perincian telah diambil kira bagi memastikan tiada elemen yang terlepas pandang. Jalan yang hanya oleh diakses oleh kenderaan pacuan empat roda ini semestinya menambahkan cabaran kami. Jarak perjalanan Kampung Paya Rambutan ke Taman Eko Rimba Jerangkang sejauh 12km mengambil masa perlajalanan 30minit hingga 45 minit. Sampai sahaja lokasi tapak THE WASH PROJEK, kami terus menilai dan kerja mengukur bagi tapak pembinaan dilakukan. Tapak yang dipenuhi dengan semak-samun agak merbahaya kerana terdapat pelbagai serangga dan hidupan  berbisa. Kami dengan cermat dan berhati-hati memeta kawasan yang diyakini sesuai. Kami juga melakukan rondaan bagi melihat jika ada kemudahan lain yang disediakan seperti paip air, pondok atau kolah sayangnya tiada. Maka dengan ini cabaran kami semakin bertambah. Kami memerlukan sumber air bagi membancuh simen dan bagi keperluan lainnya. Setelah berjalan selama 15 minit kami menemukan sumber air terdekat iaitu sebuah anak sungai daripada Air Terjun Jerangkang. Selain itu, kami juga menilai risiko ynag bakal dihadapi semasa projek berlangsung. Antaranya ialah ancaman hidupan liar dan berbisa. Seterusnya, jalan masuk yang berlopak dalam boleh mnyebabkan kenderaan kami atau lori yang akan membawa bahan binaan sangkut. Tambahan pula, cuaca yang kerap mendung dan hujan juga bakal menjadi salah satu punca kelewatan projek kami. Cuaca panas sangat membantu projek pembinnan tandas kami kerana simen menjadi cepat kering dan projek dapat disiapkan dengan waktu yang singkat. Gambaran awal projek telah diperoleh.

Nantikan update seterusnya daripada Young Griffin's !!!

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Khairil Deqwan's picture
from Malaysia, 6 months ago

Project Period

Started On
Friday, September 28, 2018
Ended On
Friday, September 28, 2018

Participants

6

Service hours

36

Topics

Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Spiritual Development
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.