[ THE WASH PROJECT : UPDATE 4 ] Let’s Work On The Paper

Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program : Membuat Kertas Kerja/Surat-menyurat/Sponsor
Tarikh : 23/07/2018
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pahang, Kuantan, Pahang
Peserta : 2

Kertas kerja merupakan salah satu ciri penting bagi menjalankan sesebuah projek. Tujuannya ialah bagi meyakinkan para penilai/pelabur dengan konsep idea yang dibawakan. Setelah perjumpaan kedua dilakukan, kertas kerja sebenar mulai dirangka dengan maklumat lebih terperinci. Selain daripada itu juga, kertas kerja bagi memohon sumbangan/sponsor dan surat menyurat telah dilaksanakan. Fokus utama dalam pemilihan sponsor/sumbangan ialah sebagai salah satu alternatif mendapatkan sumber kewangan.  Selain sponsor/sumbangan, ikhtiar lain juga dilakukan seperti menjual barangan terpakai dan kitar semula yang lebih difokuskan kepada pengakap remaja mengikut pembahagian tugas yang diberikan dan dipersetujui pada mesyuarat sebelum ini.Oleh kerana terdapat ahli Pengakap Remaja di dalam kumpulan kami, persetujuan daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang amat diperlukan. Ini amat penting kerana pelajar masih di bawah umur 18 tahun. Makluman awal kepada ibubapa pelajar juga dilakukan bagi mengelakkan salah faham daripada berlaku.

Nantikan update seterusnya daripada Young Griffin's !!!

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Khairil Deqwan's picture
from Malaysia, 6 months ago

Project Period

Started On
Monday, July 23, 2018
Ended On
Monday, July 23, 2018

Participants

2

Service hours

12

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Safe from Harm
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.