Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana & Vigil Pantai Timur 2019

Pada 15 sehingga 17 Februari 2019, telah berlangsung Perkhemahan Pengenalan Pengakap Kelana & Vigil Pantai Timur 2019 bertempat di Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATIUC). Seramai 300 orang peserta, 50 orang urusetia dan 10 orang pemimpin telah terlibat dalam perkhemahan tersebut yang dihadiri dari negeri-negeri pantai timur.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ujian temuduga, ujian kesatriaan, asas kawad kaki, asas kawad tongkat, asas ikatan kelana, pertolongan cemas, mendirikan gadget, program khidmat masyarakat (bersihkan pantai), malam muhasabah diri, malam kebudayaan, aktiviti sistem berpengkalan dan istiadat menyarungkan epolet.

Para peserta yang berjaya melepasi ujian-ujian yang diberikan, mereka dianugerahkan epolet kelana yang yang disarungkan oleh pemimpin-pemimpin pengakap wilayah pantai timur. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman.

Portrait de Fami Nara
from Malaysia, il y a 1 mois

Project Period

Started On
Friday, February 15, 2019
Ended On
Sunday, February 17, 2019

Nombre de participants

360

Heures de service

24
Geolocation

Topics

Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.