Kursus Manikayu 3.2 (AJK PERALATAN)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan Kursus Manikayu 3B atau 3.2 ini. Kursus ini telah dijalankan pada 2 - 4 November 2018 bertempat di IPGKTI. Saya ditugaskan sebagai ajk peralatan dan peranan saya ialah untuk memastikan bahawa setiap alatan telah pun dipinjam dan mencukupi untuk setiap sekawan. Tetapi kursus kali ini agak sedikit ringan bagi ajk peralatan kerana tidak perlu untuk meminjam alatan memasak kerana kami menumpang masak di dapur surau sepanjang kursus ini berjalan. Saya merupakan ahli sekawan merah. Saya telah berusaha sehabis baik untuk membuat gadget untuk sekawan saya tapi apakan daya sekawan saya tidak mampu untuk menjadi juara pada pemeriksaan pagi. Banyak perkara yang telah saya perolehi sepanjang kursus ini dalam menjadikan saya seorang ahli pengakap yang berilmu. Banyak tunjuk ajar yang telah diberikan dalam ilmu pengakap dan akhir sekali saya juga ingin mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Yusof dan semoga diberikan umur yang panjang dan diberkati oleh Allah SWT.

Ahmad Izzuan's picture
from Malaysia, 1 week ago

Project Period

Started On
Friday, November 2, 2018
Ended On
Sunday, November 4, 2018

Participants

34

Service hours

24
Geolocation

Topics

Youth Programme
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.