Labuan Sertai Perkhemahan Di Bawah Bayu Pantai Barat Selatan Sabah

PERKHEMAHAN DI BAWAH BAYU MENJALIN SILATURAHIM PENGAKAP LABUAN DAN PENGAKAP SABAH

Seramai 18 ahli pengakap dari SMK Mutiara, SMK Lajau dan SK Pekan Dua serta 6 orang pemimpin pengakap dari Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Perkhemahan Pengakap di Bawah Bayu Pantai Barat Selatan yang dilangsungkan pada 16 Ogos hingga 20 Ogos yang lalu di ODEC, Universiti Malaysia Sabah. Perkhemahan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan. Disertai lebih 700 peserta daripada daerah-daerah di Sabah. Perkhemahan selama 5 hari 4 malam tersebut mengadakan 28 aktiviti yang memberikan pengalaman banyak khasnya kepada peserta perkhemahan.

Peserta telah didedahkan aktiviti khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan pantai. Peserta juga turut didedahkan kesedaran penjagaan alam sekitar sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Penggunaan alat polistrena adalah ditegah sepanjang program ini dijalankan.
Peserta perkhemahan turut diberi peluang melawat ke Aquarium and Marine Museum. Peserta dapat mempelajari tentang hidupan dan ekosistem Marin. Di perkhemahan ini peserta bukan sahaja didedahkan kemahiran simpulan dan ikatan, malah mereka mempelajari cara memanah, melastik dan menyumpit. 

Peserta tidak ketinggalan untuk mengikuti aktiviti ekstrem seperti Flying fox, abseiling dan aktiviti berhalangan Komando. Peserta juga berpeluang mempelajari ilmu komunikasi dan perhubungan seperti Radio amatur, Semaphore dan Morse code. Pertandingan Scout Master chef diadakan bagi mencungkil kreativiti peserta dalam masakan. Dalam pertandingan ini, peserta diberikan masa satu jam dan 30 minit untuk menyediakan satu hidangan kreatif. Peserta Pengakap Labuan Berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Scout Master Chef bagi kategori jemputan. 

Perhimpunan pemimpin-pemimpin Pengakap juga telah diadakan, iaitu Malam Indaba dan Gilwell. Perhimpunan ini memberi peluang kepada pemimpin untuk berkongsi pengalaman, bertukar-tukar fikiran tentang kepemimpinan dalam aktiviti kepengakapan. Dalam perhimpunan Pemimpin ini, Anugerah Gilwell dikalungkan kepada Skipper Arsani Alam dari Lahad Datu yang merupakan Pemimpin paling senior pada perhimpunan itu.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan juga tidak dilupakan dalam perkhemahan ini seperti permainan rakyat, Kraftangan dan Angklung. Peserta dapat membina keyakinan diri dan mengasahkan bakat melalui pertandingan yang dianjurkan seperti Scout Got Talent, pertandingan Tarian Etnik Kreatif duet, Pertandingan tarian etnik kreatif (kumpulan) dan pertandingan tarian Hip-Hop . Dalam pertandingan ini, Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan telah meraih kemenangan dalam 3 acara iaitu naib johan bagi acara Scout got Talent, Pertandingan tarian etnik kreatif (kumpulan) dan Pertandingan Hip-Hop bagi kategori Jemputan. 

Persekutuan Pengakap Sabah Cawangan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan menganjurkan perkhemahan kali ini membuka peluang dan pengalaman yang amat berharga, membina jalinan silaturahim khasnyaPengakap Labuan dengan Pengakap Sabah. Perkhemahan in telah memberi kenangan manis kepada para peserta serta menyemarakkan semangat berpengakapan di WP Labuan.

RMD's picture
by RMD
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Thursday, August 16, 2018
Ended On
Monday, August 20, 2018

Participants

25

Service hours

8
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.