Membina Jambatan Silaturahim Pengakap Labuan ke Pengakap di Bawah Bayu

Seramai 18 ahli pengakap dari SMK Mutiara, SMK Lajau dan SK Pekan Dua serta 6 orang pemimpin pengakap dari Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Perkhemahan Pengakap di Bawah Bayu Pantai Barat Selatan yang dilangsungkan pada 16 Ogos hingga 20 Ogos yang lalu di ODEC, Universiti Malaysia Sabah. Perkhemahan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan. Disertai lebih 700 peserta daripada daerah-daerah di Sabah. Perkhemahan selama 5 hari 4 malam tersebut mengadakan 28 aktiviti yang memberikan pengalaman berbeza setiapnya kepada para peserta.
Peserta menjalankan aktiviti khidmat Masyarakat iaitu membersihkan kawasan pantai. Peserta juga diterapkan ilmu pendidikan alam sekitar sepanjang masa di mana pihak Universiti Malaysia Sabah tidak membenarkan penggunaan bekas polisterena . Peserta berpeluang melawat ke Aquarium and Marine Museum untuk mempelajari tentang hidupan marin yang ada di Sabah. Di perkhemahan ini peserta bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran-kemahiran Pengakap seperti simpulan dan ikatan, menariknya peserta juga dapat mempelajari cara memanah, melastik dan menyumpit. Merasai aktiviti ekstrem seperti Flying fox, abseiling dan aktiviti berhalangan Komando. Peserta juga berpeluang mempelajari ilmu komunikasi dan perhubungan seperti Radio amatur, Semaphore dan Morse code.
Pertandingan Scout Master chef diadakan bagi mencungkil kreativiti peserta dalam masakan. Dalam pertandingan ini, peserta diberikan masa satu jam dan 30 minit untuk menyediakan satu hidangan kreatif. Peserta Pengakap Labuan Berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Scout Master Chef bagi kategori jemputan. Perhimpunan pemimpin-pemimpin Pengakap juga telah diadakan, iaitu Malam Indaba dan Gilwell. Perhimpunan ini memberi peluang kepada pemimpin untuk berkongsi pengalaman, bertukar-tukar fikiran tentang kepemimpinan dalam aktiviti kepengakapan. Dalam perhimpunan Pemimpin ini, Anugerah Gilwell dikalungkan kepada Skipper Arsani Alam dari Lahad Datu yang merupakan Pemimpin paling lama pada perhimpunan itu.
Aktiviti kesenian dan kebudayaan juga tidak dilupakan dalam perkhemahan ini seperti aktiviti permainan rakyat, Kraftangan dan Angklung. Peserta dapat membina keyakinan diri dan mengasahkan bakat melalui Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan seperti Scout Got Talent, pertandingan Tarian Etnik Kreatif duet, Pertandingan tarian etnik kreatif (kumpulan) dan pertandingan tarian Hip-Hop . Dalam pertandingan ini, Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan telah meraih kemenangan dalam 3 acara iaitu naib johan bagi acara Scout got Talent, Pertandingan tarian etnik kreatif (kumpulan) dan Pertandingan Hip-Hop bagi kategori Jemputan.
Persekutuan Pengakap Sabah Cawangan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan telah menganjurkan perkhemahan kali ini dengan jayanya. Perkhemahan ini memberikan pengalaman yang amat berharga, membina jalinan silaturahim Pengakap Labuan dengan Pengakap Sabah terutamanya. Ianya meninggalkan kenangan yang manis kepada para peserta serta menyemarakkan semangat berpengakap di kalangan Peserta Pengakap Labuan.

Files Attached
ANGELA JOSEPH's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Thursday, August 16, 2018
Ended On
Monday, August 20, 2018

Participants

24

Service hours

960
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.