IPGK Temenggong Ibrahim Johor 2018: Majlis Pengalungan 2 Butir Manikayu

Telah dilaksanakan oleh Tn. Zainal Arif bin Mat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM KLMIPG di IPGK Temenggong Ibrahim Johor pada 21 Julai 2018. Majlis dijalankan di Dewan Dato' Khairuddin Esa, IPGKTI. Seramai 2 orang pensyarah iaitu En. Zali bin A.Rahman dan Pn. Halidah binti Mohd Jedi dan 26 orang pelajar semester 8 opsyen Matematik dan Sains telah dikalungkan dengan 2 butir Manikayu sebagai Pemimpin yang bertauliah.

Syabas kepada jurulatih yang telah membimbing pelajar ini, terutama Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPM KLM17/IPGKTI, Pn. Normila binti Mohd Bohari. Semoga majlis ini menjadi pendorong, motivasi dan sasaran kepada pelajar lain untuk menghabiskan KMK sebelum mereka menamatkan pengajian di IPGKTI.

Diharapkan jua, pemimpin yang telah dikalungkan ini dapat menggerakkan pergerakan pengakap apabila mereka telah ditempatkan di sekolah nanti. Sekali berpengakap, teruskan berpengakap. Selamat maju jaya dan Salam Pengakap.

Imagen de yusofalhaj
from Malaysia, hace 12 meses

Project Period

Started On
Saturday, July 21, 2018
Ended On
Saturday, July 21, 2018

Número de participantes

28

Horas de servicio

240

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.