MENGGALI ILMU PENGAKAPAN LEBIH MENDALAM

Pada tarikh 13 hingga 15 Julai 2018 yang lalu, Bengkel 'SCOUTS OF THE WORLD DISCOVERY' Peringkat Zon Utara Tahun 2018 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Jawatankuasa Messengers of Peace (MOP) Kebangsaan. Bengkel ini telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Seramai 91 orang peserta dari negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, Kelantan,Terengganu, Johor, KLM dan tidak terkecuali tuan sendiri iaitu Kedah turut dibantu oleh 15 orang jurulatih dan urusetia bagi melancarkan bengkel ini. Tujuan bengkel ini dijalankan sebagai pengenalan dan syarat utama kepada peserta sebelum menjalankan projek SWA Voluntary Service.

Sepanjang bengkel ini para peserta didedahkan tentang Better World Framework iaitu Mop, SWA & WSEP seterusnya pengenalan kepada Program SWA yang lebih mendalam bagi menjalankan projek berlandaskan 17 Sustainable Development Goals.

Sesi 'Comunity Outreach' adalah satu tugasan kepada perserta dalam berkumpulan membina kerusi dan meja menggunakan kayu terpakai dan mengecat dewan serbaguna di IPSAH.Selain itu, bagi menguji kefahaman tentang dunia luar, para peserta telah diberikan satu tugasan secara teori dan amali. Antara aktiviti yang dilakukan adalah sebuah permainan yang mengadaptasikan keadaan semasa. Pelbagai karakter dan suasana dapat dilihat oleh para peserta akan pentingnya kerjasama dan pengurusan projek yang teratur bagi memulakan projek yang akan dijalankan. Para Peserta juga diberikan tugas menyediakan satu projek berkenaan SWA mengikut kumpulan yang telah dibentuk. Projek tersebut harus dibentangkan didepan jurulatih dan urusetia untuk dikritik dan penambahbaikan dalam melakukan projek tersebut.

Akhir bicara, semoga semua peserta bengkel ini dapat menyelesaikan projek secepat yang mungkin untuk dianugerahkan lencana SWA bersempena 100 tahun pengakap kelana yang sukar didapati.

You should not see this

Comments

MUHAMMAD SHAMSURI BIN HASAN's picture

Kenapa perlu menggali andai hanya perlu menadah

NUR FARIHATUL SOLEHAH BT ABDUL MALIK's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Friday, July 13, 2018
Ended On
Sunday, July 15, 2018

Participants

106

Service hours

1440
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.