Discovery di zon utara 2018

Pada hari 13/07/2018 – 15/07/2018, saya bersama dengan kawan-kawan saya, Ang Pei Yan, Ch’ng Ming Wei dan Choo Kim Seng, mewakili Majlis Kelana Pengakap Negeri Pulau Pinang menyertai bengkel ‘Scouts of the World Discovery’ peringkat zon utara tahun 2018 yang dianjur di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Seramai 91 orang Pengakap Kelana dari negeri-negeri lain telah menyertai bengkel tersebut. Tujuan kami menyertai bengkel ini adalah untuk mendapatkan Passport SWA dan belajar bagaimana mendapat SWA. Dalam bengkel ini, kami telah belajar dan mengetahui 17 SDG’s: Sustainable Development Goal, Better World Framework termasuk MoP (Messenger of Peace), SWA (Scout of the World Award), dan WSEP (World Scout Environment Program). Coordinator SWA juga mengajar kita bagaimana menguruskan projek-projek, memilih projek yang baik dan perkara-perkara yang penting semasa membuat projek SWA. Selain daripada kursus-kursus, kami juga diberi peluang untuk membuat aktiviti luar seperti membinakan meja kerusi dengan menggunakan pallet yang terbiar. Sesetengah kumpulan juga diberi tugasan untuk mengecatkan dewan kokurikulum. Kami juga menyertai aktiviti Life Simulation and reflection, ia merupakan simulasi kehidupan kita. Aktiviti ini telah menyedar kita kesusahan yang perlu kita hadapi dalam kehidupan dan cara untuk menghadapi masalah yang kita temui. Pada hari terakhir, kami juga diberi peluang untuk membuat pembentangan Kertas Kerja SWA. Para coordinator SWA akan memberikan pembetulan dan komen untuk meningkatkan kualiti projek kami. Majlis penutup rasmi ditutup oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah. Kemudian kami disampaikan sijil penyertaan dan mengadakan sesi fotografi. Kami pun bersurai pada pukul 2.30 petang.

Ruan Yuan's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Friday, July 13, 2018
Ended On
Sunday, July 15, 2018

Participants

91

Service hours

24
Geolocation

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Youth Programme
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.