Dari Koordinator Kepada Koordinator

Seorang pengakap seharusnya tidak lokek ilmunya pada ahli-ahlinya yang lain. Berikut merupakan perkongsian cara membuat Ikatan Persahabatan yang sempat saya kongsikan bersama-sama para peserta Kursus Koordinator Messengers of Peace Kebangsaan (Zon Timur). Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 25 orang peserta yang sebilangan besar dari negeri Terengganu. Walaubagaimanapun, terdapat juga peserta yang dari jauh seperti Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Kelantan yang sudi bertandang ke Terengganu bagi mengikuti kursus ini.

Kursus koordinator kali ini telah diketuai oleh Tuan Adha Fikris Bin Mokhtar, Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Messengers of Peace) Malaysia. Tuan Adha bertindak sebagai ketua kursus kali ini bagi menggantikan Tuan Amir Hamzah yang tidak dapat menghadirkan diri atas urusan yang lagi penting. Walau bagaimanapun, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya kerana para peserta begitu bersemangat dan teruja bagi mengikuti kursus pada kali ini.

Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail telah menjadi tempat berlangsungnya kursus pada kali ini. Dengan kelebihan fasiliti yang ada disini, perjalanan kursus dapat dibuat dengan lancar. Para peserta pula telah dilengkapkan dengan ilmu & perkongsian bagi membolehkan mereka menjadi seorang Koordinator Messengers of Peace (MoP).

Pada hari yang terakhir kursus ini, kesemua peserta yang terlibat telah lulus dan dikalungkan skaf koordinator ketika Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Che Soh Bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

helmimatlazib's picture
from Malaysia, 1 week ago

Project Period

Started On
Thursday, June 28, 2018
Ended On
Saturday, June 30, 2018

Participants

1

Service hours

24

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.