MoP in Action : Ramadan Blessing

Sepanjang bulan Ramadhan bermula 17 Mei- 14 Jun 2018, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama 17 negeri-negeri (Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Negeri KLKM & Negeri KLM) di Malaysia telah mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk kebajikan yang dikendalikan oleh ahli-ahli pengakap di setiap peringkat di negeri-negeri tersebut.

Aktiviti seperti Iftar Jamai’e, program gotong-royong bubur lambuk, ziarah sahur, majlis berbuka puasa bersama anak yatim, derma dan pemberian pakaian hari raya serta aktiviti perkongsian bersama gelandangan telah diadakan sepanjang 30 hari bulan puasa tersebut. Seramai 42, 217 orang keseluruhan ahli Pengakap, Kelana dan Pemimpin Pengakap terlibat dalam keseluruhan aktiviti-aktiviti ini.

Aktiviti-aktiviti ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada masyarakat namun terus kepada ahli-ahli Pengakap itu sendiri. Sifat kerjasama, permuafakatan, kasih-sayang, belas ihsan dan lain-lain sifat yang ditekankan undang-undang Pengakap berjaya diimplementasikan dalam program-program ini.

Pelaksanaan program-program ini telah membuka mata masyarakat dan badan korporat untuk menyumbang pelbagai bahan sumbangan seperti wang ringgit, bahan mentah untuk masakan, pakaian baru untuk hari raya dan pelbagai lagi. Kejayaan program-program ini telah memberi impak yang positif dan bakal diadakan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Amir Hamzah Aman's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Thursday, May 17, 2018
Ended On
Thursday, June 14, 2018

Participants

42217

Service hours

10132080
Geolocation

Topics

Youth Programme
Better World Framework

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.