Visit to UMT and Meeting for get new Ideas

Pihak UMT telah menjemput pihak UTHM dari Johor bagi membincangkan mengenai projek-projek yang boleh dijalankan dan bersesuaian mengikut syarat-syarat kelayakan Scout World Award. Kedua-dua Universiti ini telah mencapai kata sepakat untuk bergabung dan berkolaborasi bersama bagi tujuan mendapatkan SWA bersama. Bagi pihak UMT memberi pendapat agar projek ini dilaksanakan di Pulau Bidong di mana pulau ini merupakan stesen penyelidikan UMT dan di kampung nelayan vietnam. Ianya dapat menyumbang kebaikkan kepada masyarakat di sekitar itu. Tujuan kolaborasi ini mendapat kata sepakat dengan menggabungkan dua aspek utama dalam menjalankan projek iaitu aspek ilmu kelautan dan perlaksanaan yang dimiliki oleh peserta SWA UMT dan digabungkan dengan aspek kemahiran yang diperolehi peserta UTHM kerana jurusan di UTHM sendiri beraspekkan kejuruteraan.

Perjumpaan pertama ini telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu yang diketuai oleh Cik Noni Noraikhah binti Md Yusoff yang merupakan Penasihat dan Pesuruhjaya Daerah UMT dan dihadiri bersama empat org peserta SWA bagi bersama-sama mencurah dan memberi idea untuk menjalankan projek SWA ini. Manakala dari pihak UTHM, penasihat dan Pesuruhjaya Daerah UTHM iaitu Prof. Madya Dr. Mustaffa bin Haji Ibrahim yang ditemani oleh Encik Hanafi bin Omar dan Encik Md. Hihdir bin Mohamed bersama-sama dengan lima orang peserta SWA bagi membincangkan mengenai projek ini.

Dalam perbincangan ini telah membawa kesepakatan untuk melaksanakan projek SWA di Kampung Nelayan Vietnam, Pulau Bidong bagi mengatasi masalah elektrik di sana dengan mengurangkan kos pengurusan elektrik di mana mesin generator digunakan untuk menyalurkan elektrik di sekitar pulau itu. Masalah ini dapat diatasi dengan membina dan memperkenalkan penggunaan lampu solar. Jika penggunaan solar ini dapat dilaksanaan secara optimum, jadi tidak mustahil sekiranya lampu solar ini dapat digunakan di tempat-tempat lain.

Amiru Asyras Zaki's picture
from Malaysia, 7 months ago

Project Period

Started On
Monday, February 12, 2018
Ended On
Monday, February 12, 2018

Participants

13

Service hours

104
Geolocation

Topics

Youth Programme
Adults in Scouting

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.