PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KUMPULAN KE-24, SMK SUNGAI RAMBAI 2018

Pada 2-4 Mac 2018, telah diadakan Perkhemahan Lencana Pengakap Kumpulan ke-24 SMK Sg Rambai 2018 yang bertempat di SMK Sg Rambai. Seramai 32 orang ahli pengakap sekolah telah menyertainya. Perkhemahan ini merupakan anjuran Pengakap Sekolah dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau.
Perkhemahan ini turut dilawati oleh Tuan Hj. Ismail bin Bahari yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Melaka. Majlis penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Pn. Norizan binti Ishak Basri selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merlimau. Pengetua sekolah, Tuan Hj. Azhari Jaafar, GPK Kokurikulum, Pn. Norhayati Abd Samad dan Pn. Hjh. Salsabila Tang Abdullah, Penyelaras Unit Beruniform turut sama hadir dalam majlis penutupan tersebut.

Muhamad Haris bin Sawalludin's picture
from Malaysia, 7 months ago

Project Period

Started On
Friday, March 2, 2018
Ended On
Sunday, March 4, 2018

Participants

46

Service hours

1104

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.