Perhimpunan Pengakap Udara Sempena Jambori Pengakap Malaysia Kuala Lumpur 2016

Bertempat diperkarangan dua, tapak Jambori Pengakap Malaysia Kuala Lumpur 2016, telah dilangsungkan Perhimpunan Pengakap Udara 2016 . Perhimpunan yang bermula pada jam 1600 berakhir pada jam 1900 (28hb Nov 2016), telah menghimpunkan seramai 200 orang ahli Pengakap Udara dari seluruh Negara.

Perhimpunan pada kali ini juga, menerima penyertaan daripada ahli-ahli Gerakan Pramuka Indonesia, Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam serta beberapa Pengakap daripada negara-negara lain yang menyertai Jambori Pengakap Malaysia 2016.

Pada perhimpunan in juga, disampaikan beberapa pingat penghargaan dan Anugerah Kecemerlangan Pasukan kepada Pasukan Pengakap Udara yang berjaya sepanjang tahun 2016. Perhimpunan ini juga memberi penghormatan dengan menganugerahkan Sayap Kehormat Pengakap Udara kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, yang disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara.

Zairi Zaharin's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Monday, November 28, 2016
Ended On
Monday, November 28, 2016

Participants

200

Service hours

600

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.