Klik Dengan Bijak

Seramai seribu 250 ahli dan pemimpin pengakap dari enam bahagian
pengakap di Sabah kini menyertai Perkhemahan Klik Dengan Bijak di
Sandakan.

Perkhemahan selama 4-hari itu diadakan di Taman Alam Semulajadi
Pengakap Sandakan bermula Rabu lalu sehingga Ahad ini.

Memetik kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) Sandakan, perkhemahan itu bertujuan mendedahkan
peserta kepada isu-isu keselamatan Internet dan Media Sosial serta
industri komunikasi dalam era digital masa kini.

Turut diadakan karnival mini dan pameran sempena jelajah sambutan
Bulan Belia Negeri Sabah oleh SKMM, Majlis Belia Negeri Sabah, Kelab
Radio Amatur, PDRM, LHDN, Perpustakaan Negeri Sabah serta pemberi
perkhidmatan komunikasi.

Program berkenaan dianjurkan SKMM serta rakan strategik program Klik
Dengan Bijak iaitu Persekutuan Pengakap Malaysia, Persekutuan Pengakap
Malaysia Cawangan Negeri Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan.

madzani's picture
from Malaysia, 4 years ago

Project Period

Started On
Thursday, May 8, 2014
Ended On
Sunday, May 11, 2014

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.