Mission of Academic Excellence (MACEX)

Perkongsian Misi Kemanusiaan MACEX 2.0.

Alhamdulillah setelah seminggu berkampung di Lombok Indonesia akhirnya kami selamat pulang ke Malaysia. Misi kemanusiaan ini yang berlangsung dari 23 Oktober hingga 28 Oktober di bawah anjuran Mahallah Asma dan Mahallah Uthman dengan kerjasama Islamic Relief ( IR) Malaysian dan Indonesia memberi seribu satu pengalaman yang tidak terhingga.

Dalam misi ini kami ditugaskan untuk menghasilkan satu kaji selidik yang dapat digunakan pada masa hadapan, disamping bagaimana untuk menyalurkan dana ke sana. Misi ini lebih membuka mata kami supaya lebih sedar kepada keadaan masyarakat dunia. Di sini saya sertakan Beberapa perkara penting yang dapat saya kongsikan sewaktu misi ini.

Tahap Pendidikan di Pesantren.

Sewaktu di sana, kami melakukan aktiviti di dua buah pesantren iaitu di Pesantren Al Muslimun dan Pesantren Mambaul Ulum. Keadaan kedua- dua pesantren ini sangat berbeza. Dua pesantren ini menempatkan para pelajar yang miskin tetapi Pesantren Al Muslimun terletak tidak jauh dari pekan manakala Pesantren Mambaul Ulum terletak di luar bandar dengan dikelilingi oleh ladang jagung dan bukit bukau.

Apa yang dapat saya simpulkan hasil dari pemerhatian adalah tahap keyakinan diri adik- adik masih ditahap yang rendah dan perlu ditingkatkan lagi. Jika dilihat dari penguasaan bahasa inggeris mereka masih kurang walaupun hanya perkataan asas. Mungkin misi selepas ini boleh mencari method terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka lebih dari sebelumnya.

Strategi kemanusian dari IR

Kenapa strategi ini saya ingin tekankan kerana IR menjalankan strategi yang boleh kekal lama (sustain). Bantuan yang diberikan bukan menghantar bantuan dan selepas itu bantuan itu habis tetapi, bantuan dari IR ini membuka peluang kepada masyarakat miskin di sana utk membangun, mereka akan dipantau dan dibantu dengan baik oleh staff IR di negara mereka sendiri.

Disamping itu, sangat penting untuk memberikan bantuan, tempat, masa, situasi dan orang yang betul keran jika bantuan tersebut tidak tepat akan memburukkan lagi keadaan. Kaji selidik perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan walaupun dalam waktu kecemasan supay bantuan yang betul dapat diberikan.

Pasukan yang saling melengkapi.

Untuk menjayakan sesuatu program yg besar, team yang kuat dan saling melengkapi sangat diperlukan. Sukar untuk kita menjalankan aktiviti jika antara komiti tidak bertolak ansur dan memahami antara satu dengan lain. Alhamdulillah dalam MACEX 2.0 ini kami dianugerahkan satu pasukan yang mampu bekerja bersama- sama, bukan melibatkan mahasiswa sahaja malah melibatkan officer dan staf dari universiti sekali. Walaupun dalam satu-satu biro hanya 1 ke 3 org tetapi semua dapat berfungsi dengan baik.

Prasarana dan Kehidupan masyarakat di Lombok

Keadaan di Lombok sangat berbeza, jalan raya kecil tetapi dilalui oleh kenderaan yang besar, rumah di sana rapat- rapat dan berhampiran jalan raya. Walaupun dalam keadaan begitu tetapi hasil dari pemerhatian, tiada langsung kemalangan jalan raya di sana, kebanyakan mereka saling bertolak ansur antara satu dengan lain, mereka sentiasa memberi ruang dan berhenti jika kenderaan ingin lalu dan ada yang sangup turun dari kenderaan untuk membantu. Mereka membunyikan hon kenderaan bukan untuk marah tetapi untuk memberi sesuatu isyarat.

Yang paling menarik perhatian adalah binaan masjid di sana. Hampir setiap kampung mempunyai sebuah masjid yang tersergam indah, masjid ini dibina dengan sangat cantik. Tidak hairan Lombok juga digelar pulau seribu masjid.

Budaya dan adat yang unik.

Kita selalu mendengar kisah- kisah yang mana, perempuan banyak dilarikan oleh lelaki dari Lombok. Jika kita tidak memahami adat dan budaya mereka mungkin kita akan anggap bahawa perempuan ini diculik. Apa yang ingin saya kongsikan ini didengar terus dari mulut orang lombok sendiri sewaktu kami singgah sebentar di Rumah Adat, iaitu Kawasan perkampungan Suku Sasak, salah satu suku yang ada di Lombok. Mereka masih lagi mengekalkan tradisi lama mereka di sini dengan rumah mereka dibina mengikut adat mereka.

Tradisi melarikan dan menculik anak perempuan ini masih turut diamalkan. Katanya melarikan anak perempuan itu adalah apabila kedua- dua mereka dengan rela hati, manakala menculik itu apabila perempuan tersebut tidak rela. Mereka akan melakukan tradisi ini pada petang hari, dan perempuan ini akan dibawa ke luar kampung, selepas semalaman lelaki ini akan ke rumah keluarga perempuan untuk menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak perempuan mereka. Biasanya keluarga perempuan akan melepaskan anak mereka untuk dikahwini. Jika lelaki tersebut memulangkan kembali anak perempuan mereka akan dikira seperti menjatuhkan maruah keluarga.

Kesimpulannya, aktiviti kemanusian ini perlu sentiasa dilakukan kerana pasti akan ada mereka yang memerlukan. Jika kita tidak mampu untuk pergi membantu, cukuplah kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang sanggup membantu. Disamping itu ambillah peluang yang ada untuk dibawa kepada negara kita supaya kelak dapat membangunkan generasi seterusnya dengan lebih berjaya.

Sekian..

صورة Mohd Azmi Safwan Ahmad
from Malaysia, منذ 3 سنوات

Project Period

Started On
Sunday, October 23, 2016
Ended On
Friday, October 28, 2016

عدد المشاركين:

125

ساعات الخدمة

6200
Geolocation

Topics

Youth Programme
Spiritual Development
Scouting and Humanitarian Action

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.