KURSUS PEMIMPIN PENGAKAP UDARA KALI KE 2, 2015

KURSUS PEMIMPIM PENGAKAP UDARA KALI KE-2

SEPANG - 15hb Jun, seramai 80 orang Pemimpin Pengakap dari seluruh Malaysia termasuk satu daripada Persekutuan Pengakap Negara Brunei telah menghadiri Kursus Pemimpin Pengakap Udara Kali Ke-2, yang dianjurkan dan dikelolakan oleh Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan, SPUK.

Program yang dianjurkan ini telah memasuki tahun ke 2 penganjuran yang mana beberapa modul baharu telah diperkenalkan selaras dengan keperluan semasa. Perlaksanaan program ini adalah sebahagian daripada keperluan latihan yang perlu dilalui oleh bakal-bakal pemimpin dan pemimpin-pemimpin Pengakap khususnya Pemimpin Pengakap Udara.

Program yang berlangsung di Institut Teknologi Aviasi Malaysia, MIAT telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan pintar strategik Persekutuan Pengakap Malaysia seperti Unit Udara Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Unit Udara Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) serta Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Para peserta juga bertukar pendapat dalam sesi khas bersama dengan Yang Berbahagia Mej General Prof. Dato' Dr Hj Mohd Zin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, dalam sidang khas yang sudi berkongsi pengalaman beliau mengenai perubatan aviasi ( medical aviation ).

Pada akhir perlaksanaan program, para peserta diberi tugasan khas yang perlu disiapkan dalam tempoh 90 hari sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Latihan, Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan bagi dipertimbangkan untuk Sijil Layak Memakai Lencana Pemimpin Pengakap Udara.

~Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan~

Zairi Zaharin's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Friday, June 12, 2015
Ended On
Monday, June 15, 2015

Participants

80

Service hours

2560

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.