PAMERAN PENGAKAP UDARA SEMPENA MINGGU KO-KURIKULUM IPG ILMU KHAS 2016

PAMERAN PENGAKAP UDARA 2016 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU ILMU KHAS

Kuala Lumpur, 16 Okt - Pengakap Udara melalui Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan (SPUK) telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Minggu Ko-Kurikulum Institut Pendidikan Guru - Ilmu Khas, Cheras baru-baru ini.

Pameran ini bermatlamat untuk memberi pengetahuan kepada warga bakal guru mengenai pergerakkan Pengakap Udara di Malaysia yang telah berusia lebih daripada 60 tahun sejak penubuhannya. Pengakap Udara merupakan cabang daripada pergerakkan Pengakap yang diasaskan oleh Lord Baden Powell, pada tahun 1908 yang lalu.

Melalui pameran yang diadakan ini, beberapa maklumat pergerakkan Pengakap Udara dipamerkan dan peluang turut diberikan kepada bakal-bakal guru yang berminat untuk melibatkan diri di dalam cabang pergerakkan ini. Turut hadir memeriahkan program ini adalah ahli-ahli Pengakap dari kumpulan-kumpulan pengakap di daerah Cheras dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pihak Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Amir Hamzah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atas sokongan beliau semasa berlangsungnya pameran ini.

~Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan 2016~

You should not see this

Comments

Zairi Zaharin's picture
Thank you Tn Amir Hamzah for the opportunity given...
Zairi Zaharin's picture
from Malaysia, 1 year ago

Project Period

Started On
Monday, October 10, 2016
Ended On
Sunday, October 16, 2016

Participants

3

Service hours

168

Topics

Geolocation
Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.