Program Ziarah Kasih Pengakap Kelana Kuala Selangor
'Program Ziarah Kasih Pengakap Kelana Kuala Selangor' merupakan antara inisiatif kami untuk membantu komuniti Kuala Selangor yang memerlukan sumbangan keperluan asas. Pandemik Covid 19 telah menjejaskan ramai masyarakat Malaysia dalam sektor kewangan disebabkan oleh potongan gaji dan diberhentikan dalam pekerjaan. Alhamdulillah kami telah memberi sumbangan di kawasan Jeram kuala selangor, Saujana Utama dan Sungai Buloh.
Sumbangan ini merupakan kerjasama daripada Pengakap Kelana A Daerah Kuala Selangor dan Majlis Belia Daerah Kuala Selangor. Kami sangat berbangga atas kejayaan dalam pelaksanaan program ini. kami juga ingin berterima kasih kepada pihak yang bersama sama menjayakan program ini.
#kitajagakita
#awakhappysayahappy
#MessengerOfPeace
#betterworldframework