PROGRAM KESEDARAN WABAK PANDEMIK
Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Segambut telah menjalankan satu program kesedaran kepada semua ahli pengakap di Malaysia. Program ini adalah hasil daripada inisiatif jawatankuasa program daerah dalam usaha menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran tentang bahayanya wabak pandemic Covid-19 yang melanda dunia sekarang.
Umum sedia maklum bahawa kita perlu menjaga jarak sosial, tidak boleh berkumpul secara fizikal selain perlu menjaga kebersihan demi mengelak daripada dijangkiti penyakit Covid-19. Oleh itu, jawatankuasa program daerah telah menjalankan program ini secara atas talian bermula 2 November 2020 sehingga 4 November 2020.
Sasaran program ini adalah kepada semua ahli pengakap tidak kira umur, agama dan bangsa. Program ini telah mendapat sambutan dan berjaya menerima penyertaan seramai 257 peserta.
Selain itu, tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran disamping mendidik ahli pengakap dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian wabak penyakit Covid-19 ini. Ahli pengakap juga dapat mengisi masa lapang dengan menjawab kuiz atas talian memandangkan kita perlu berada di rumah dan tidak dapat keluar atas nasihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan di Malaysia.
Semoga inisiatif program ini dapat memberikan manfaat yang berguna dan dapat mendidik semua ahli pengakap dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak penyakit Covid-19 ini.