PENILAIAN MAFUS PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada 5 September 2020 bersamaan dengan hari Sabtu, kami telah menjalani sesi pembentangan dan penilaian projek peringkat negeri. Sesi pembentangan dan penilaian ini telah berlangsung di Kem Kijang, Kelantan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2 petang. Sesi pembentangan dan penilaian ini dihadiri oleh para panel yang berpengalaman dan professional iaitu Tuan Hj Mohamad Nadzree Bin M. Salleh,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan , Encik Sheriin Bin Shamsudin,Pengerusi Program Pengakap Negeri Kelantan , Encik Mohd Zulkifli Bin Sulaiman Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Kelantan , dan Encik Mohd Amin Bin Abdullah Naib Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan. Kami menyediakan beberapa dokumen penting beserta dengan lampiran yang telah disediakan oleh setiausaha kumpulan kami. Sesi pembentangan dan penilaian ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli pengakap dari daerah lain agar mereka dapat mengambil contoh yang baik sepanjang kami membentangkan tentang projek kami.

Sebelum majlis berlangsung, kami memastikan segala persiapan berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Kami memasukkan segala dokumen-dokumen ke dalam fail dan meletakkannya di tempat yang sesuai bagi memudahkan panel-panel untuk melihat dan menilai hasil kerja kami. Alhamdulillah, berkat daripada Allah taala, panel-panel dan para penonton memahami segala informasi yang kami sampaikan dan projek telah diterima untuk dinilai di peringkat kebangsaan.

Doakan kami agar perjalanan projek kami diberkati dan berjaya hingga ke akhirnya, InsyaAllah.

 

Avatar MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN
from Malaysia, 1 bulan yang lalu

Tags

Sukarela
Lebih baik dunia kerangka
Aktif kewarganegaraan

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.