JOTA-JOTI 2019

Alhamdulillah, terlibat sebagai station manager bagi stesen 9M4SJUC (special call JOTA) dan 3MY87X (special JID) yang bertempat di WADI BUDI, UIAM Kuantan pada 19/10/2019 yang lalu. Aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan menyediakan platform perhubungan kepada pengakap pelbagai peringkat usia ini telah disertai oleh kira-kira 250 peserta dan petugas. Program ini dibantu dari pelbagai pihak antaranya Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang (PERAMAH), Radio Scouting Negeri Pahang (9M4CPA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur juga orang persendirian.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti perbualan radio (QSO) di band HF dan VHF, point to point (P2P) communication, kod-kod yang digunakan untuk komunikasi radio seperti morse code, kod Q dan kod j, permainan pelbagai dalam slot Messengers of Peace (MoP) juga pendaftaran akaun di scout.org.

Dalam slot JOTI pula, peserta diberi peluang berinteraksi dengam pengakap dari lain negara melalui medan internet. Mereka berjaya berhubung melalui aplikasi Skype dengan warga pengakap dari negara seperti Australia dan Jepun.

Diharapkan JOTA-JOTI mampu menarik minat lebih ramai pengakap untuk memggunakan medan seumpama ini untuk menyebarkan mesej-mesej keamanan kepada bukan sahaja pengakap tetapi masyarakat umumnya.

Avatar MUHAMMAD SHAMSURI BIN HASAN
from Malaysia, 2 bulan yang lalu

Periode Proyek

Started On
Friday, October 18, 2019
Ended On
Thursday, December 19, 2019

Jumlah peserta

245

Lamanya pelayanan

1960
Geolocation

Topics

Youth Programme
Youth Engagement
Adults in Scouting
Communications and Scouting Profile
Partnerships

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.