Rambu Biru milik kami!

Pengakap Daerah Sandakan terus bergerak ke hadapan dengan pelaksanaan Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Kanak-kanak bagi tahun ke-3. Program ini berlangsung pada tarikh 17 November 2019 di Auditorium Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan. Seramai sembilan orang Pengakap Kanak-kanak (PKK) SK St Monica, empat orang PKK SK Sungai Anib 2, dua orang PKK SJKC CHi Hwa dan seorang PKK SK St Mary Convent telah menerima rambu biru mereka pada majlis ini. Turut menerima Anugerah Rambu PKK pada majlis ini ialah PKK SK Nunuyan Laut dan PKKI SK Sungai Anib 3. Anugerah Rambu PKK merupakan pencapaian tertinggi bagi seorang Pengakap Kanak-kanak. Anugerah ini menunjukkan keperibadian yang terpuji dan kepimpinan yang tinggi di kalangan penerima tersebut. Syabas dan tahniah buat semua penerima yang hebat ini. Jutaan terima kasih juga buat pihak ibubapa, pentadbir sekolah, pemimpin pengakap, dan pengakap kelana yang berganding bahu memberikan khidmat terbaik selama tiga tahun untuk mencapai kejayaan yang manis ini. Jazakallahu khairan.

 

Pada program yang sama, 42 orang pemimpin telah menerima Manikayu Dua Butir. Pentauliahan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Bahagian Sandakan menjadi acara kemuncak program ini. Majlis Pesuruhjaya Bahagian Sandakan, Majlis Pesuruhjaya Daerah Sandakan, Majlis Pesuruhjaya Daerah Sibuga, Majlis Pesuruhjaya Daerah Karamunting, Majlis Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan dan Majlis Pesuruhjaya Daerah Beluran telah menerima watikah pelantikan mereka dan melafazkan ikrar taat setia mereka di hadapan YBhg Datuk Dr. Awang Zaini Hj Suntim, JP. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

You should not see this

Komentar

Avatar Muhammad Ruzaini Bin Awang

Salam Pengakap! Terbaik skip. Semoga kita terus menjadi pemimpin pengakap sejati.

Avatar Hanafie Hamadon
from Malaysia, 1 tahun yang lalu

Periode Proyek

Started On
Sunday, November 17, 2019
Ended On
Sunday, November 17, 2019

Jumlah peserta

176

Lamanya pelayanan

1056

Topics

Adults in Scouting
Better World Framework
Good Governance
Youth Engagement
Youth Programme

SDG

Are you sure you want to delete this?
Welcome to Scout.org! We use cookies on this website to enhance your experience.To learn more about our Cookies Policy go here!
By continuing to use our website, you are giving us your consent to use cookies.